BERITA DAN PERISTIWA

 100529 Bumbung Bangunan Blok B Terbakar Di Panah Petir

Sejak kebelakangan ini telah 2 kali bumbung bangunan blok B dipanah petir. Kejadian pertama berlaku pada bulan April 2010 bumbung B-8-04 di panah petir dan yang terkini bumbung B-8-09 pulak dipanah petir pada Mei 2010.  Berlaku kebakaran kecil pada bumbung bangunan akibat panahan petir.  Walau bagaimana pun kebakaran kecil tersebut dapat dipadamkan oleh anggota Bomba.  Kita bersyukur kerana tiada sebarang korban jiwa berlaku pada kedua-dua kejadian itu.  Kita harus berterima kasih kepada individu luar yang melihat kejadian tersebut dan menghubungi Bomba.

Pihak Bomba dapat menjalankan tugas memadam api dengan lancar kerana tiada halangan kenderaan pada pintu utama pada masa kejadian tersebut berlaku.  Pada kebiasaannya memang terdapat kereta dipakir  dikiri kanan pintu masuk utama tersebut.  Mungkin pemilik kereta yang suka meletak kereta di kiri kanan pintu masuk utama tu bercuti balik kampung.  Mengikut statistik dan sumber persatuan kebanyakkan kereta yang di letak di kiri kanan pintu masuk utama adalah milik individu yang menyewa rumah di Blok B.  Penduduk  terutama pemilik kereta yang degil dan suka meletakkan kereta di kiri kanan pintu masuk blok B harus mengambil iktibar atas kejadian ini.(Lihat Photo Galeri)


091028 Takziah dan Al-Fatihah

Salam takziah kepada keluarga sahabat kita Saudara Ismail Yakcob B-1-6). Ibu mertua beliau telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2009 dirumah beliau. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Simpang, Taiping, Perak, selepas solat maghrib malam tadi dan dijangka akan dikebumikan pada pagi 29 Oktober 2009. Warga Pangsapuri Permai mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Saf pimpinan PBB dan ahli keluarga Sdr Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu mengurus menyelesaikan urusan pemindahan jenazah Allahyarhamah ke Kampung Simpang, Taiping, Perak.
*** Al-Fatihah ***



091013 Habuk Dari Kawasan Pembangunan Peters Brickworks

PBB telah menerima aduan daripada penduduk blok B khususnya yang tidak puas hati kerana seluruh ruang rumah mereka kini dipenuhi habuk dan terpaksa membersihkannya dengan lebih kerap lagi pada setiap hari. Punca habuk ini adalah datang dari kawasan pembangunan Peter's Brickworks yang bersebelahan dengan Pangsapuri Permai.
Keadaan ini berlaku apabila lori-lori berat yang membawa muatan bahan buangan tanah dan sebagainya masuk melalui jalan berpasir dihadapan pintu utama blok B untuk menimbus bekas lombong didalam kawasan tapak pembangunan Peter's Brickworks. Keadaan berhabuk ini lebih parah kerana sekarang ini tiupan angin adalah kearah Blok B, Pangsapuri Permai juga Apartment Petaling Utama ditambah dengan musim panas.
Sekiranya keadaan ini berterusan sudah pasti akan menjejaskan kesihatan penduduk. PBB mendesak agar tindakan segera diambil oleh MBPJ untuk menghalang lori-lori berat ini daripada menggunakan pintu masuk jalan berpasir dihadapan pintu utama blok B (No.Ruj Aduan 13/10/09 MBPJ: 09-08984). Menyiram air dilaluan berpasir lori-lori berat tersebut juga hanya mengurangkan habuk dan tidak menyelesaikan masalah secara total kerana cuaca yang panas ketika ini ditambah dengan tiada pemantauan penguatkuasaan yang berterusan dibuat oleh pihak yang berkenaan.



091013 Takziah & Al-Fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kepada sahabat kita Mohamad Saruji (Blok A), yang kita kasihi Haji Suaid b. Hassan Basri mantan Imam Surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai telah kembali ke rahmatullah pada 12 Oktober 2009 di PPUM.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke masjid As-Salam untuk dimandikan dan dijangka dikebumikan diperkuburan Kota Damansara selewat-lewatnya pada pagi/tengahari 13 Oktober 2009. Warga Pangsapuri Permai mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Saf pimpinan Pangsapuri Permai merancang akan mengadakan majlis tahlil arwah selepas maghrib/Isyak disurau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai. Semua warga Pangsapuri Permai dijemput hadir beramai-ramai. (Sebar-sebarkanlah)
Saf pimpinan PBB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu mengurus menyelesaikan pengebumian jenazah Allahyarham ditanah perkuburan Kota Damansara.
*** Al-Fatihah ***


091013 Happy Diwali

Warga PBB mengucapkan "Happy Diwali" kepada seluruh kaum India. Selamat bercuti, berhati-hati ketika memandu dijalan raya, Patuhi semua papan tanda lalulintas jalanraya. "Anda berhati-hati anda selamat". SALAM 1 MALAYSIA.


090930 Gempa Bumi

Gempa bumi telah menggegarkan Blok B selama lebih kurang 4 minit bermula jam 06:20ptg (18:20hrs) hari ini. Ramai warga blok B telah keluar beramai-ramai berkumpul di koridor tingkat masing-masing untuk melihat perkembangan selanjutnya. Kejadian gempa bumi kali ini adalah merupakan kali ke tiga berlaku sejak kita menetap di Pangsapuri Permai ini.
Syukur alhamdulillah tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku setakat ini, hanya ada dikalangan penduduk yang mengadu pening dan mual selepas kejadian gempa bumi tersebut berlaku.
Sekiranya berlaku gempa bumi dimasa hadapan, warga Pangsapuri Permai dinasihatkan supaya meninggalkan rumah masing-masing turun kebawah menggunakan tangga kecemasan (Jangan Guna Lif) dan berkumpul dikawasan lapang seberang jalan yang lebih selamat untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


090918 Lif B01 Rosak

Di kesempatan ini saf PBB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" "Maaf Zahir Dan Batin" kepada seluruh warga Pangsapuri Permai. Kepada warga yang pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hatilah ketika memandu, patuhi segala undang-undang jalan raya, insyaallah mudah-mudahan anda selamat sampai kedestinasi masing-masing juga selamat kembali ke Pangsapuri Permai.

Dukacita dimaklumkan lif B01 kita telah rosak sejak 11/09/09 lalu. Aduan susulan telah pun dibuat oleh YDP dan TYDP kepada syarikat Otis penyelenggara lif kita. PBB dimaklumkan bahawa lif B01 mengalami kerosakan PCB Dashboard dan tidak dapat dibaik pulih. Pihak Otis memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai stok alat ganti pcb dashboard tersebut dan telah membuat pesanan dari negeri Cina. Alat tersebut dijangka sampai dalam tempoh 2 minggu, dijangka selepas hari raya. Walau bagaimana pun pihak Otis berjanji untuk cuba membaik pulih alat pcb dashboard tersebut dalam masa terdekat ini. Harap dapat kita sama-sama menjaga Lif B02 dengan cermat.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin".


090913 Pemilik/Penjaga Kereta Ini Harus Dipuji...

Adakah anda pernah melihat kereta Proton Iswara Silver ini..? PBB dimaklumkan bahawa kereta ini terbiar tidak bergerak dipakir diluar kawasan pagar tempat kita sejak Mei 2009 lalu (Dipercayai rosak). Walau apa pun alasannya..., tindakan pemilik/penjaga kereta Proton Iswara Silver ini harus dipuji kerana beliau memahami keadaan kekurangan tempat pakir dikawasan kita dan mengutamakan kemudahan keselesaan orang lain dengan meletakkan keretanya diluar pagar. Syabas...
LW-Kereta 3c.gif


090911 STATUS JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)

Untuk makluman semua Ahli PBB berkaitan pemilihan AJK bagi penubuhan JMB, Badan Pengurusan Bersama Blok B, Pangsapuri Permai (BPBB) yang telah dibuat pada bulan Mac 09 lalu masih belum dihantar permohonanya kepada pihak COB, MBPJ untuk didaftarkan bagi pengeluaran sijil perakuan pendaftaran. Menurut jurucakap Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, MBPJ yang dihubungi pada hari ini Jumaat, 11/09/2009, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan pendaftaran bagi mendaftarkan Badan Pengurusan Bersama Blok B, Pangsapuri Permai daripada PKNS untuk kedua-dua blok A dan B.

PBB telah menghubungi pegawai atasan di Bahagian Urus Harta, PKNS hari ini buat kali ke 6 berkenaan status AJK JMB tersebut. Akhirnya selepas didesak Pegawai atasan di Pejabat Urus Harta memaklumkan bahawa pihak PKNS masih menuggu "Unit Syer Status" dari Jurukur yang dijangka akan diterima pada minggu hadapan. Selepas semuanya lengkap baru akan di serahkan kepada COB untuk pendaftaran. Nanti kita kupas apa yang dimaksudkan "Unit Syer Status" tersebut dan kenapa mengambil masa selama 5 tahun kita menduduki unit rumah kita dan 5 bulan selepas mesyuarat pemilihan JMB lalu untuk menyediakanya. Ini agak menghairan dan memuskilkan.


090904 Kereta Hantu Toyota Corolla Hitam JBD4953

p style="text-align: justify;">PBB telah menerima satu lagi aduan berkenaan kereta terbiar model Toyota Corolla no. pendaftaran JBD 4952 warna hitam terbiar ditempat letak kereta strategik blok B, disisi pejabat penyelenggaraan PKNS, bersebelahan peti surat blok B. Menurut pengadu, kereta tersebut telah diletak terbiar ditempat letak kereta tersebut sekitar tahun 2008 lagi.
Sekiranya anda mengetahui pemilik/penjaga kereta tersebut bolehlah berhubung dengan AJK PBB dengan kadar segera. Kepada pemilik/penjaga kereta tersebut sekiranya terbaca berita ini mohon berhubung dengan En. Abdullah Musa Ahamad, Setiausaha PBB/TYDP/YDP untuk menyelesaikan aduan ini. Pemilik kereta tersebut, sila bawa Kad Pendaftaran Asal sebagai bukti kereta tersebut didaftarkan atas namanya.
Sekiranya anda mengesyaki pemiliknya bukan penduduk Pangsapuri Permai atau ada dikalangan penduduk Pangsapuri Permai menumpangkan kereta rakan/saudara/syarikat kereta terpakai/broker kereta untuk dijual semula, maka anda bolehlah terus membuat aduan kepada MBPJ melalui aduan hotline 24 jam no. tel: 03 7954 2020 atau email aduan ke: aduan@mbpj.gov.my atau layari laman sesawang MBPJ: http://www.mbpj.gov.my , ke menu e-Perkhidmatan: Aduan online atau tulis surat aduan kepada Tengku Nazaruddin, Pengarah, Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, No.Tel: 03-7876 7399.
Petak tempat letak kereta adalah dikhaskan untuk pemilik-pemilik unit rumah yang mempunyai kereta didaftar atas nama pemilik unit rumah berkenaan sahaja berhak meletak kereta di petak letak kereta di Pangsapuri Permai. (Rujuk Perjanjian Jual Beli Rumah & Waad-Waad Bersalingan yang di tanda tangani bersama Pembeli & PKNS). Bersama-samalah kita menjaga hak gunasama dikejiranan kita untuk kegunaan kita. Anda mampu melakukannya. Sebarkan...
P9040009.jpgP9040010.JPGP9040012.jpg


090827 Kereta Hantu Hyundai Coupe SE Hitam

090905 Terima kasih kepada pengendali kereta WHP 7126 atas kerjasamanya mengalihkan kereta tersebut pada 05/09/09. SELESAI
Pihak PBB telah menerima aduan daripada warga Pangsapuri Permai berkenaan sebuah kereta jenama Hyundai Coupe SE hitam model 2001, No.Pendaftaran WHP 7126 yang di letakan ditempat letak kereta no.8 berhampiran pagar pintu masuk utama blok B. Pemilik kereta tersebut disyaki adalah orang luar, bukan penduduk Pangsapuri Permai. Kereta tersebut diletak disitu sejak awal bulan Ogos 09 dan dipercayai tanpa kebenaran. Selepas siasatan dibuat didapati kereta tersebut dalam proses baik pulih kerana enjin kereta tersebut telah dibuka 'over haul' dan diletakkan dikerusi/boot belakang.
Bersesuaian dengan Seksyen 4.05-Penempatan Kenderaan [Sek 4.05(f)] dan Seksyen 4.07-Kemudahan-Kemudahan [Sek 4.07(a)], Suratikatan Waad-Waad Bersalingan yang telah ditandatangani bersama oleh semua pemilik unit bahawa hanya pemilik unit sah sahaja berhak meletak kereta didalam kawasan letak kereta Pangsapuri Permai. Rungutan penduduk berkaitan tempat letak kereta yang tidak mencukupi sekarang ini ditambah penambahan jumlah kereta yang mendadak. Nisbah tempat letak kereta adalah 3 unit rumah/1 kereta. Sebahagian pemilik kereta meletakannya ditepi jalan utama PJS 1/50. Mengikut laporan yang diterima, kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Permai menjadi kegemaran/sasaran pemilik kereta yang mempunyai masalah tunggakan dengan pihak bank. ini mungkin kerana kawasan perumahan kita berpagar dan selamat.
Mohon kerjasama penduduk yang melihat kereta tersebut dibawa masuk agar dapat berhubung dengan AJK PBB. Pemilik kereta tersebut dikehendaki melapor kepada Setiausaha PBB Encik Abdullah (016 680 4676), Puan Norhasliza (016 366 9595) dalam tempoh 7 hari sehingga 04/09/09. Sekiranya pemilik kereta tersebut bukan dikalangan pemilik unit sah Pangsapuri Permai maka diharap kereta tersebut dibawa keluar dari kawasan letak kereta tersebut dengan kadar segera. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat sila hubungi AJK diatas atau hubungi YDP/TYDP. Selamat Berpuasa....
Persatuan telah menyediakan draf plan cadangan bagi mengatasi perkara ini dan akan dilaksanakan selepas JMB diperakui sah oleh MBPJ nanti.
P8270014.JPG


090723 Takziah, Terima kasih & Al-Fatihah

Warga PBB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu menyelesaikan pengebumian jenazah Allahyarham Sarihan Salim pada malam 22 Julai 2009 di tanah perkuburan Kota Damansara. Syukur alhamdulillah segala urusannya berjalan dengan lancar dan di permudahkan Allah subhanahuwataala. PBB ingin mengucapkan terima kasih khasnya kepada AJK Surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai, khususnya Cikgu Yusof (Pengerusi) dan Imam Zamri juga AJK Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai P.J Selatan (KRTPP)terutama Encik Mat Piah Awang Chik (Pengerusi).
*** Al-Fatihah ***


090722 Takziah & Al-Fatihah
 
Dukacita dimaklumkan bahawa kita telah kehilangan dua (2) orang kariah Pangsapuri Permai yang kita kasihi telah pulang ke rahmatullah pada 22 Julai 2009.
Dukacita juga dimaklumkan bahawa Allahyarham Sarihan Salim suami kepada Puan Rosni bt. Mat Yusof telah kembali ke rahmatullah pada 22 Julai 2009 (Tengahari) di Tempat kerja allahyarham. Jenazah Allahyarham di jangka di kebumikan di perkuburan Kota Damansara pada malam ini juga. Warga Pangsapuri Permai mengucapkan takziah kepada Puan Rosni bt. Mat Yusof dan keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Pihak Persatuan akan mengadakan majlis tahlil arwah selepas maghrib 22 Julai 2009 di surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai. Semua warga Pangsapuri Permai di jemput hadir beramai-ramai.
*** Al-Fatihah ***


090722 Takziah & Al-Fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda mertua kepada tuan Haji Harun Hj Hussain telah kembali ke rahmatullah pada sebelah pagi 22 Julai 2009 (Jam 2:00pagi). Jenazah telah di bawa ke kampung halaman Allahyarhamah di Melaka untuk di kebumikan di sana. Warga Pangsapuri Permai mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Harun Hj Hussain dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.


090719 Berita Prasarana Padang Permainan "Dataran Pangsapuri Permai

Syabas di ucapkan kepada warga Pangsapuri Permai yang sanggup turun padang untuk beraktiviti sukan futsal, sepak takraw, badminton, bola jaring, untuk mencergaskan badan dan ada juga para remaja yang menjalani latihan kompang, latihan tarian pada setiap hujung minggu di pentas dataran Pangsapuri Permai.

Menurut YDP tidak sia-sia usaha beliau mendapatkan sumbangan untuk membina padang-padang permainan pelbagai (Sepak takraw/badminton/bola tampar/bola jaring/futsal) sejak tahun 2005 lalu yang dibina secara berperingkat-peringkat dari fasa 1 hingga fasa 2. Padang tersebut kini di kenali sebagai "Dataran Pangsapuri Permai".

Beliau amat gembira kerana padang tersebut kini di maksimumkan penggunaannya. Kini giliran mode demam futsal. Boleh di katakan pada setiap hari (waktu petang hingga malam) penduduk setempat di kalangan semua peringkat umur menjalankan aktiviti bersukan yang pastinya dapat mencergaskan tubuh badan masing-masing.

Tambah beliau pembinaan padang tersebut telah memenuhi matlamatnya untuk menyediakan kemudahan asas bagi mengamit penduduk beriadah dan bersukan. Kita dapati kini anak-anak kita khususnya remaja tidak lagi melepak di luar kawasan yang boleh mendorong mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak memberi faedah kepada diri mereka.

Dalam pada itu Persatuan tidak sunyi dari menerima aduan daripada penduduk berkenaan bunyi bising para pemain terutama pada waktu malam. Penduduk merunggut kerana kadang-kala mereka bermain futsal melebihi waktu yang sepatutnya sehingga jam 1:00 pagi ++. Pada mulanya pemain bola jaring juga merunggut kerana tidak dapat tempat menggunakan padang tersebut terutama pada waktu malam hujung minggu sejak kebelakangan ini. Aduan-aduan tersebut dapat diatasi dengan mengadakan perbincangan bersama pihak berkenaan dan jadual penggunaan padang diperkenalkan.

Warga PBB mengucapkan selamat bersukan dan "Majulah Sukan Pangsapuri Permai"

Photo latar belakang "Sebelum & Selepas" pembinaan padang permainan…DSC00227x.jpg
Padang 5 dalam 1, fasa 1 siap di bina pada Jan 2006.DSC02756x.jpg
Pentas Dataran Pangsapuri Permai siap di bina Mei 2006.
DSC04691x.jpg
Padang 5 dalam 1, fasa 2 siap di bina pada November 2006DSC04462x.jpg
DSC04690x.jpg
1.jpg
"Jom Bersukan Panaskan Badan"