Tuesday, July 28, 2009

090728 Pencuri Pam Brek Cakera Yamaha Lagenda ..!!

Sungguh malang nasib sahabat kita ni.... menurut beliau, pada malam 26 Julai 2009 lalu alat pam brek cakera roda hadapan motosikal Yamaha Lagendanya telah dicuri... Modus operandi pencuri ia lah dengan membuka 2 batang skrew dan memotong paip getah bendalir utama di bahagian roda depan sebagaimana photo di bawah. Kegiatan mencuri bahagian-bahagian tertentu motorsikal berjenama dan baru kini semangkin menjadi-jadi sejak kebelakang ini dikawasan kita. Nasib baik sahabat kita pasang kunci rantai lilit tambahan pada malam tu..., jadi pencuri cuma curi pam brek cakera saja... kalau tak pasang kunci rantai lilit tambahan agaknya dah pasti ngan motornya sekali dilarikan pencuri, haru juga dibuatnya. Sesiapa yang melihat kejadian ini mohon lapor kepada pihak yang berwajib. Kepada semua pemilik motorsikal diingatkan supaya menambah kunci keselamatan tambahan bagi motorsikal masing-masing dan dipasang alat penggera.090726 BJP 5503.gif
P7280009x.jpg

Sunday, July 26, 2009

090726 Berita Kejohanan Bola Jaring

Aktiviti bergambar Kumpulan Bola jaring PSC dalam kejohanan bola jaring di Blok O pada Ahad, 26 Julai 2009. Difahamkan terdapat sebanyak 11 kumpulan menyertai kejohanan tersebut. Status kejayaan . . . ? P7260010x.jpg
P7260011x.jpg
P7260031x.jpg
P7260050x.jpg
P7260051x.jpg

Pertandingan Bola Jaring Blok O

Photo Ija Anak.jpgSyabas PSC. Pasukan Bola Jaring PSC yang di pimpin oleh Puan Norhasliza Ibrahim (Pengurus, merangkap Penolong Setiausaha PBB) telah menyertai kejohanan bolajaring bertempat di padang Blok O, Petaling Utama, pada hari ini 26 Julai 2009. Warga PBB mengucapkan selamat bersukan, mudah mudahan berjaya pemenang johan dalam pertandingan tersebut.

Saturday, July 25, 2009

No. Telefon Penting

Pastikan no. berikut di simpan dalam telefon mudah alih anda:-

Polis PJ: 03-7966 2222
Bomba PJ: 03-5519 4444
Lif Otis: 03-2093 5422 / 03-2731 3340 (Aduan Kerosakan Lif)
MBPJ: 03-7954 2020 (Aduan)
PKNS: 03-7956 0428 (Urus Harta)

Monday, July 20, 2009

090720 Jawatan Kosong . . .

Jawatan Kosong, Operator Pengeluaran (Lelaki) ... Di perlukan 5 orang ASAP ... Lokasi Glenmarie (10min daripada Blok B) ... Tiada shif ... Tahan Sejuk ... Gaji RM xxx.00 Berpatutan ... Ada EPF, Cuti Tahunan, ... dll ...

Sebarkan ... Berminat email: pbbpjs1@yahoo.com ... Jangan lupa catatkan no telefon.

Sunday, July 19, 2009

090719 Latihan Bowling di Summit USJ Subang

Jom Bowling . . . (Tengok aksi-aksi gempak)

Latihan bowling untuk mencungkil bakat terpendam remaja Pangsapuri Permai. Seramai 23 orang peserta menyertai latihan tersebut.

Bakal pemain bowling "Malaysia" masing-masing mampu membuat lontaran pusar terjahan 10tan . . . dont play play bro.... kenapa tak caya ke . . . tengok le sendiri . . . depa menjinjing bola bowling masing-masing seberat 18kg sebelah tangan je. handal tuuu . . . kalau terjatuh hempap ibu jari kaki gerenti leper punya . . .P7190052x.jpg

Tadi strike.. napa lak di score screen catat 5 pin je . . . salah lorong kot ni . . . jejangan score screen ni rosak kot . . . last baling lepas nih nak score 205 ++ jadi le...

P7190048x.jpg

Amacam bro... nak cuba ke . . . call laa...P7190046x.jpg

ehh... mana lak gi bola bowling aku tadii... P7190055x.jpg

alahai.... lambat la pulak dia baling ni... tengok kiri kanan lak macam nak lintas highway.....aduhhhh... tak sabau aku dah. . .

P7190059x.jpg
P7190065x.jpg
P7190067x.jpg
P7190083x.jpg
P7190084x.jpg
P7190087x.jpg
P7190107x.jpg

Friday, July 17, 2009

090717 Melayari Laman Web PBB

Warga Pangsapuri Permai sedang melayari laman web PBB untuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti semasa....

P7170007.JPGP7170008.JPG

090717 Aktiviti Harian Ahli Kelab Karom

Bagi memenuhi masa lapang, ahli PBB bermain karom di Pak Din Cafe sambil sembang isu-isu semasa ....

P7170007x.jpg
P7170009x.jpg

090715 Unit Landskap - Penggiliran Penjagaan Laman Hijau

Syabas kepada Tuan Haji Harun Hussain...

Beliau begitu perihatin tentang penjagaan laman hijau kita dengan menyiram air pada setiap hari, membaja pokok-pokok bunga dan herba untuk memastikan pokok pokok terus hidup subur.

Persatuan mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menderma pasu-pasu bunga, baja mahu pun pokok-pokok renek untuk memperindahkan lagi landskap laman hijau kita. Kepada individu atau koporat yang bermurah hati dan berminat bolehlah berhubung terus dengan Encik Mohamad Jamali Ishak, B-8-13, Pengerusi Unit Landskap.

P7150009x.jpgP7150010x.jpgP7150011x.jpg

090628 Presentasi Penghakiman Anugerah Kejiranan Terbaik Petaling Jaya 2008/2009

Persatuan mengalu-alukan kehadiran panel hakim dari MBPJ yang sudi datang ke Pangsapuri Permai. Ini adalah penyertaan kali pertama PBB sejak di tubuhkan pada 2005. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli yang hadir. Sebanyak 131 slide presentasi taklimat aktiviti PBB 2008/2009 pada hari tersebut di persembahkan. Presentasi berjalan lancar.

Terima kasih kepada para panel hakim yang begitu tekun menghakimi aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh PBB.

P6280001x.jpg P6280002x.jpg P6280003x.jpg P6280004x.jpg P6280005x.jpg P6280006x.jpg