Friday, June 12, 2009

Carta Organisasi PBB 2008~2011

AJK.gif

"BERSATU ERAT PERPADUAN"

AJK Master-LW.gif



Gotong Royong Pelbagai (090415, 090405, 090127, 090118)

Aktiviti gotong royong ini mampu merapatkan tali silaturahim di kalangan peduduk setempat. Memupuk semangat kejiranan, kekitaan dan sayangi pangsapuri kita. Kebersihan kawasan bagi mengawal pembiakan nyamok aides.

Aktiviti Bergambar Gotong Royong Pelbagai:

GOTONG ROYONG MEMBERSIH LANDSKAP PAGAR PINTU UTAMA BLOK B, PJS 1/50 (15/04/2009)1.jpg
2.jpg

Aktiviti Bergambar Gotong Royong Pelbagai:

GOTONG ROYONG MENANAM BUNGA DAN POKOK RENEK (5/4/09)

Gotong royong ini di buat bagi menggantikan pokok bunga dan pokok-pokok yang telah mati untuk mengindah hijaukan kawasan lapang di tengah blok B. Pokok bunga tersebut di beli dari sumbangan kewangan daripada penduduk setempat juga sumbangan pokok daripada MBPJ.

1.jpg
2.JPG
3.JPG
4.jpg

Aktiviti Bergambar Gotong Royong Pelbagai:

GOTONG ROYONG MEMASANG JUBIN PENTAS DAN MEMBERSIH KAWASAN DATARAN PANGSAPURI PERMAI 2008 (16/11/2008) (Unit Belia)

Program ini juga mampu memupuk Rakan Muda lebih Jatidiri, Semangat kekitaan, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh. Merapatkan tali silaturahim dengan peduduk setempat. Memupuk semangat setia kawan membolehkan mereka berinteraksi.


Pihak PBB telah mendapatkan sumbangan daripada individu koporat untuk membeli jubin, simen dan peralatan lain.


Pada hari tersebut kami dapat mendaftarkan seramai 62 orang ahli Persatuan Belia Pangsapuri Permai.

Anjuran bersama PBB, KRTPP, Unit Belia7.JPG
1.jpg
2.jpg
4.jpg
5.jpg
6.JPG

Aktiviti Bergambar Gotong Royong Pelbagai:

GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU AL-ISTIQLAL PANGSAPURI PERMAI (18/01/2009)


Kerja-kerja mengemas dalaman dan persekitaran surau dan menaik taraf memasang kerangka alat pembesar suara.
1.jpg
2.jpg

Program Memasak Wadeh Jiran Wanita (080116 & 090122)


Program bulanan PBB dan KRTPP ini adalah untuk memupuk semangat kejiranan dan merapatkan tali silaturahim di kalangan peduduk setempat. Menambah pengetahuan pelbagai masakan kuih muih pelbagai bangsa. Menggalakan untuk menghasilkan 1 produk 1 kejiranan.

Aktiviti Bergambar 22/01/093.jpg
1.jpg
2.jpg
Aktiviti bergambar (16/01/2008) 3.jpg
1.jpg
2.jpg

090516 Program Naik Buai Beramai-Ramai Pangsapuri Permai 2009

Satu lagi program tahunan yang di jalankan anjuran bersama PBB dan KRTPP mengadakan program "Naik Buaian Pangsapuri Permai, PJS 2009" untuk memupuk semangat kejiranan lebih harmoni dan bertolerasi.


Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara pimpinan PBB, KRTPP serta unit-unit khas, sayap AJK dengan penduduk setempat untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin dalam ertikata yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan.


Program ini juga mampu memupuk unit-unit khas, Jiran Wanita lebih Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.


Program Naik Buaian Pangsapuri Permai, PJS 2009ini di khususkan untuk semua bayi-bayi yang baru lahir berumur 3 bulan yang bermastautin di Pangsapuri Permai.


KRONOLOGI ADAT NAIK BUAI


Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas kelahiran.


Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini di langsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.


Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan di tarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.


Penyertaan adalah percuma. Ibu Bapa di kehendaki menyediakan semua peralatan buaian mudah alih dan di galakkan untuk dekorasi hiasan buaian masing-masing bersesuaian dengan tema PNB09. Pihak Urusetia tidak akan menyediakan peralatan buaian mahu pun peralatan dekorasi hiasan. Pihak Urusetia akan menyediakan tapak khas buaian tertakluk kepada keluasan tapak yang di tetapkan.


Aktiviti Bergambar; bacaan berzanji, cukur rambut, ucapan aluan oleh pimpinan setempat. naik buai dan penyampai hadiah.

1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
9.JPG
10.jpg
11.jpg
12.JPG
13.jpg
14.jpg
15.jpg
16.jpg
17.jpg
18.jpg

Thursday, June 11, 2009

090509 Sukanika Pangsapuri PKNS

Persatuan telah menghantar beberapa pasukan untuk menyertai sukanika anjuran PKNS. Diantaranya 2 pasukan sepak takraw, 3 pasukan carom, 1 pasukan bola jaring dan 1 pasukan bola sepak.1 (2).jpg
1.jpg
2.jpg
3.jpg

090208 Pertandingan Kraftangan Barangan Terpakai Pangsapuri Permai 2009

Atas kesedaran pimpinan Pangsapuri Permai yang sentiasa peka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada warga Pangsapuri Permai mencetuskan cadangan untuk mengadakan Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai dan Kejohanan Futsal Tunas Jiran Pangsapuri Permai, PJS 2009.

Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai Pangsapuri Permai, PJS 2009 ini bertujuan memberi pendidikan dan tunjukajar kepada golongan kanak-kanak, remaja dan orang ramai berkenaan pemeliharaan alam sekitar menerusi kaedah yang riang-ria disamping meningkatkan pemahaman, kesedaran peserta dan orang ramai berkenaan dengan masalah pencemaran alam sekitar, pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan kualiti alam sekitar dengan inisiatif perancangan mengurus barangan buangan yang boleh di kitar semula.

Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai Pangsapuri Permai, PJS 2009 dan Kejohanan Futsal Tunas Jiran ini juga dapat memberi pendedahan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara Tunas Jiran dan penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin diantara warga tua amnya dan penduduk setempat dan pemimpin pemimpin masyarakat khasnya dalam ertikata yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan.

Program ini juga mampu memupuk Tunas Jiran lebih Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.

Menerusi pertandingan tersebut di atas, adalah dijangka bahawa kefahaman orang ramai berkenaan Program Kitar Semula akan meningkat dan seterusnya penyertaan mereka dalam aktiviti yang akan di rancang di masa hadapan. Di samping itu, orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan organisasi dan individu yang telah mengambil inisiatif memelihara alam sekitar kita bersama dalam membentuk satu masyarakat Pangsapuri Permai yang prihatin, ke atas masyarakat dan alam sekitar selaras dengan prinsip warga Pangsapuri Permai. Memfokuskan peranan masyarakat dan individu setempat menjaga halaman rumah dan menghiasi halaman mengunakan barangan terpakai.


Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai dan Kejohanan Futsal Pangsapuri Permai, PJS 2009ini terbuka kepada anak-anak berumur tujuh (7) tahun hingga empat belas (14) tahun yang bermastautin di Pangsapuri Permai.


KRONOLOGI BARANGAN KITAR SEMULA


Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.


Kami ingin berkongsi dengan warga Pangsapuri Permai tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh warga Pangsapuri Permai supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri.


Barangan buangan yang boleh di kitar semula seperti surat khabar lama, majalah, komputer, besi, aluminium, kayu, botol minuman kaca/plastik/aluminium, dawai dan lain-lain lagi boleh dijadikan bahan asas kepada perusahaan kraftangan juga boleh di pasarkan di pasaran tempatan dan boleh dieksport ke luar negara.


Surat khabar lama, majalah dan kertas terpakai boleh dijadikan kraftangan antaranya adalah labu sayung, pemegang kunci, pemegang pensil, kotak tisu, bekas telur, pasu bunga, topi, bakul dan beg tangan yang dihasilkan boleh mendatangkan hasil pendapatan sampingan atau sepenuh masa yang agak lumayan. Contohnya seperti labu sayung yang sering ditempah untuk dijadikan cenderamata pada majlis-majlis serta bunga telur untuk kenduri kahwin.


Pengisian Program


Program ini di serikan lagi dengan pameran daripada agensi-agensi seperti berikut:


1. Pameran Kesihatan MBPJ, Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia,

barangan kitar semula dan alam sekitar.

2. Demonstrasi membuat barangan kraftangan dan cenderahati.

3. Gotong royong membersih kawasan sekitar Pangsapuri Permai.

4. Pertandingan futsal Tunas Jiran.

5. Pertandingan rekacipta barangan terpakai.

6. Cabutan bertuah.


Gambar Aktiviti;


1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6 (2).JPG
6.jpg
7.jpg
9.jpg
8.jpg