Sunday, May 16, 2010

100515 Persandingan Kapt Dr Ahmad Mohsein

Persatuan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada mempelai Raja Sehari Kapt (Dr) Ahmad Mohsein Hj Abd Razak dan isteri tersayang, Puan Salbiah Hj Mad Sahad, yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 15 Mei 2010, bertempat di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur. Kami berdoa semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Ucapan terima kasih sekali lagi kepada Ayahanda dan Bonda mempelai Tuan Haji Abd Razak Syed Mohamad dan Puan Salmah Udin kerana sudi memberikan kami peluang untuk memimpin pengacara majlis pada majlis persandingan Puteranya dan mempersembahkan kebolehan kumpulan tari "Seri PEJASA One" dari Unit Kebudayaan, PBB dan Unit Kebudayaan, Persatuan Belia Pangsapuri Permai.

KE SEBERANG TAKIR MEMBELI CERMIN,
BELI IKAN DIMASAK GULAI;
CINTA BERAKHIR DI JINJANG PELAMIN,
SAMA SEGAK KEDUA MEMPELAI.

PANAS KERING SIAPAKAN TAHU,
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN;
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHU,
SAMA CANTIK SAMA PADAN.

DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA,
MELIHAT RUSA TEPI PERIGI;
SALAM PERPISAHAN UNTUK SEMUA,
DILAIN MASA BERSUA LAGI.

Koleksi Photo Persandingan Kapt Dr Ahmad Mohsein