Thursday, June 11, 2009

090509 Sukanika Pangsapuri PKNS

Persatuan telah menghantar beberapa pasukan untuk menyertai sukanika anjuran PKNS. Diantaranya 2 pasukan sepak takraw, 3 pasukan carom, 1 pasukan bola jaring dan 1 pasukan bola sepak.1 (2).jpg
1.jpg
2.jpg
3.jpg

090208 Pertandingan Kraftangan Barangan Terpakai Pangsapuri Permai 2009

Atas kesedaran pimpinan Pangsapuri Permai yang sentiasa peka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada warga Pangsapuri Permai mencetuskan cadangan untuk mengadakan Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai dan Kejohanan Futsal Tunas Jiran Pangsapuri Permai, PJS 2009.

Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai Pangsapuri Permai, PJS 2009 ini bertujuan memberi pendidikan dan tunjukajar kepada golongan kanak-kanak, remaja dan orang ramai berkenaan pemeliharaan alam sekitar menerusi kaedah yang riang-ria disamping meningkatkan pemahaman, kesedaran peserta dan orang ramai berkenaan dengan masalah pencemaran alam sekitar, pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan kualiti alam sekitar dengan inisiatif perancangan mengurus barangan buangan yang boleh di kitar semula.

Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai Pangsapuri Permai, PJS 2009 dan Kejohanan Futsal Tunas Jiran ini juga dapat memberi pendedahan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara Tunas Jiran dan penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin diantara warga tua amnya dan penduduk setempat dan pemimpin pemimpin masyarakat khasnya dalam ertikata yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan.

Program ini juga mampu memupuk Tunas Jiran lebih Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.

Menerusi pertandingan tersebut di atas, adalah dijangka bahawa kefahaman orang ramai berkenaan Program Kitar Semula akan meningkat dan seterusnya penyertaan mereka dalam aktiviti yang akan di rancang di masa hadapan. Di samping itu, orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan organisasi dan individu yang telah mengambil inisiatif memelihara alam sekitar kita bersama dalam membentuk satu masyarakat Pangsapuri Permai yang prihatin, ke atas masyarakat dan alam sekitar selaras dengan prinsip warga Pangsapuri Permai. Memfokuskan peranan masyarakat dan individu setempat menjaga halaman rumah dan menghiasi halaman mengunakan barangan terpakai.


Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai dan Kejohanan Futsal Pangsapuri Permai, PJS 2009ini terbuka kepada anak-anak berumur tujuh (7) tahun hingga empat belas (14) tahun yang bermastautin di Pangsapuri Permai.


KRONOLOGI BARANGAN KITAR SEMULA


Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.


Kami ingin berkongsi dengan warga Pangsapuri Permai tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh warga Pangsapuri Permai supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri.


Barangan buangan yang boleh di kitar semula seperti surat khabar lama, majalah, komputer, besi, aluminium, kayu, botol minuman kaca/plastik/aluminium, dawai dan lain-lain lagi boleh dijadikan bahan asas kepada perusahaan kraftangan juga boleh di pasarkan di pasaran tempatan dan boleh dieksport ke luar negara.


Surat khabar lama, majalah dan kertas terpakai boleh dijadikan kraftangan antaranya adalah labu sayung, pemegang kunci, pemegang pensil, kotak tisu, bekas telur, pasu bunga, topi, bakul dan beg tangan yang dihasilkan boleh mendatangkan hasil pendapatan sampingan atau sepenuh masa yang agak lumayan. Contohnya seperti labu sayung yang sering ditempah untuk dijadikan cenderamata pada majlis-majlis serta bunga telur untuk kenduri kahwin.


Pengisian Program


Program ini di serikan lagi dengan pameran daripada agensi-agensi seperti berikut:


1. Pameran Kesihatan MBPJ, Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia,

barangan kitar semula dan alam sekitar.

2. Demonstrasi membuat barangan kraftangan dan cenderahati.

3. Gotong royong membersih kawasan sekitar Pangsapuri Permai.

4. Pertandingan futsal Tunas Jiran.

5. Pertandingan rekacipta barangan terpakai.

6. Cabutan bertuah.


Gambar Aktiviti;


1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6 (2).JPG
6.jpg
7.jpg
9.jpg
8.jpg

090208 Pertandingan Futsal Kanak-Kanak 2009

Pertandingan futsal kanak-kanak ini diadakan bagi mencungkit bakat kanak-kanak yang berkebolehan untuk mewakili Pangsapuri Permai didalam pertandingan di peringkat kawasan dan daerah Petaling Jaya.

Persatuan mengucapkan terima kasih diatas sumbangan individu yang telah menyumbang hadiah-hadiah bagi pemenang-pemenang dan hadiah saguhati penyertaan.

Sebanyak 10 pasukan mendaftar dalam pertandingan ini. Program ini di anjurkan bersama PBB, KRTPP dan Persatuan Belia Pangsapuri Permai.

Perbarisan kumpulan peserta futsal.1.JPG

Sepak mula oleh di lagsungkan oleh En Beh, Pegawai JPNIN Daerah Petaling di iringi Yang Dipertua PBB, Pengerusi KRTPP.2.JPG
3.JPG
4.jpg

Penyampaian hadiah oleh Encik Mat Piah Awang Chik, Pengerusi KRTPP kepada pasukan yang menang.6.jpg
5.jpg
Bergambar beramai-ramai dengan pasukan yang menang bersama individu yang memberikan sumbangan hadiah pemenang.7.jpg

090125 Kejohanan Futsal Terbuka 2009

Program ini di kendalikan oleh Unit Sukan dan Rekreasi PBB dengan kerjasama Persatuan Belia Pangsapuri Permai dan KRTPP. Memberi peluang kepada remaja untuk mengendalikan program yang seumpamanya sebagai pelapis dan penggerak di masa depan.


Sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan ini. Program ini akan di jalankan secara tahunan.


Perasmian dan taklimat pertandingan futsal rakan muda Pangsapuri Permai. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Unit Sukan, Belia.
1.jpg
2.jpg

Ucapan alu-aluan oleh Timbalan Yang Dipertua PBB merangkap Pengerusi Persatuan Belia Pangsapuri Permai.
4.jpg
3.jpg
5.jpg

Perasmian sepak mula oleh jemputan khas pegawai daripada Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional Daerah Petaling.8.jpg
Penyampain hadiah tunai dan sijil penyertaan kepada semua pemenang yang di sampaikan oleh Pegawai dari JPNIN Daerah Petaling.
6.jpg
7.jpg
11.jpg
9.jpg
10.jpg

090118 Gotong Royong Memasak Bubur Asyura 2009

Program ini di kendalikan oleh Unit Agama, PBB dengan kerjasama KRTPP bersama penduduk. Bubur asyura ini akan di agih-agihkan kepada semua penduduk Pangsapuri Permai. Acara ini akan dijadikan satu acara tahunan.

Bubur Asyura - Asal Usul dan Pengajaran

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Dipetik daripada: http://al-haziq.blogspot.com/2008/01/bubur-asyura-antara-adat-syariat.html.3.jpg 1.jpg 2.jpg

081213 Berkhatan Beramai-Ramai 2008

Program ini adalah anjuran bersama persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai. Program ini julung kali diadakan dan akan di jadikan sebagai acara program tahunan Persatuan dan KRTPP di masa hadapan.


Persiapan dan aturcara dibuat dari sebelah petang hingga ke malam. Pada sebelah petang gotong royong menyediakan makan malam dan kerusi meja di dataran Pangsapuri Permai. Pada sebelah malam majlis doa selamat dan kenduri arwah di jalankan di surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai.


Untuk tahun ini penyertaan seramai 13 orang peserta dari kalangan anak-anak Pangsapuri Permai sahaja. Dengan adanya program yang seumpama ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan Ibu bapa peserta untuk perbelanjaan kenduri sebagaimana lazimnya. Jamuan makan malam di sumbangkan oleh Persatuan dan KRTPP. Untuk memeriahkan lagi program ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya turut menjayakan program ini bagi acara bersiram beramai-ramai.

Gotong royong memasak rendang tok untuk jamuan bersama penduduk.

1.jpg2.jpgMengarak peserta berkhatan bermula daripada Dataran Pangsapuri Permai, melalui jalan PJS 1/25 dan PJS 1/50 menuju ke pentas Dataran Pangsapuri Permai.
3.jpg4.jpgAcara menepung tawar dan memberikan sumbangan kain pelekat kepada semua peserta berkhatan yang di sampai oleh Encik Beh sebagai memberikan sokongan dan semangat kepada peserta.
5.jpgJamuan khas meraikan peserta berkhatan bersama petugas dan tetamu jemputan En Beh daripada JPNINDP.6.jpg7.jpg8.jpgAcara bersiram beramai-ramai peserta berkhatan dan rakan sebaya sebelum acara berkhatan di surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai di mulakan. Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya atas kerjasama mereka untuk menjaya dan memeriahkan lagi program ini.

9.jpg10.jpgAdik-adik peserta menuggu giliran berkhatan di dalam Surau Al-Istiqlal yang dikendalikan oleh Dr pakar daripada klinik subang.

11.jpgadooiiiii... mak sakitttttt...... tolongggggggggg...... jangan ler usik..... ahhhh.... alahhhh... isk..........

12.jpg

081018 "JAMPAKA 2008"

MALAM JALINAN MESRA PAUTAN KASIH AIDILFITRI 2008 (JAMPAKA'08)


Program ini dirancang adalah bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni bertoleransi, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, selamat, serta bertekad untuk hidup dalam keadaan aman sejahtera dan memperkasakan komuniti (Community Empowerment) ke arah meningkatkan keupayaan penduduk terhadap perubahan sosial dan gaya hidup, serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin dikejiranan.


Memberikan pengisian kepada penduduk agar mengutamakan semagat kejiranan, keharmonian dan bertoleransi di semua peringkat lapisan umur dan masyarakat. Dapat bertukar-tukar pandangan fikiran di kalangan peserta dalam segala hal berkaitan keselamatan, kebersihan, ekonomi juga kekeluargaan.


Kronologi persembahan dimulakan dengan paluan kompang perasmian dan kejutan persembahan santapan hormat vip. Lampu sorot di padamkan seketika diikuti dengan barisan rakan muda membawa dulang makanan keluar menuju ke 6 buah meja VIP diiringi hulubalang/putri membawa lilin dengan iringan muzik klasik raya. Bagi memeriahkan lagi malam "JAMPAKA 08" persembahan kebudayaan sketsa dan karaoke lagu-lagu klasik raya di dendangkan kepada para tetamu sambil menikmati jamuan makan malam.


Menu Bufet


1. Laksa Jalinan Mesra.

2. Soto Pautan Kasih.

3. Lontong Harmoni.

4. Bihun Perpaduan.

5. Lemang Perdana.

6. Buah-Buahan Tempatan Tropikana.

7. Air Perisa Muhibbah.


Persiapan Tapak Program "Malam Jalinan Mesra Pautan Kasih Aidilfitri 2008"

1.jpgUcapan Aluan Daripada Pengerusi KRTPP Encik Mat Piah Awang Chik Merangkap Timbalan Yang Dipertua, PBB.

2 (2).jpgUcapan Aluan Oleh Sdr Damiri Hj Majidah, Yang Dipertua, Persatuan Penduduk Blok B, Petaling Jaya Selatan.

2 (3).jpgUcapan Perasmian Oleh tetamu undangan Pegawai JPNIN Daerah Petaling.2 (4).jpgJamuan makan malam "JAMPAKA 08" bermula.4.jpg
9.jpg
12.jpg
3.jpg
2.jpg
6.jpg
7.jpg

8.jpg

14.jpgCeloteh pengacara dalam episod "I know what you did last Raya" oleh AJK PBB dan AJK KRTPP yang menghiburkan tetamu sambil menikmati juadah makan malam.10.jpgPangsapuri Permai Idol sedang mendedangkan lagu klasik raya.13.jpg