Thursday, June 11, 2009

081018 "JAMPAKA 2008"

MALAM JALINAN MESRA PAUTAN KASIH AIDILFITRI 2008 (JAMPAKA'08)


Program ini dirancang adalah bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni bertoleransi, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, selamat, serta bertekad untuk hidup dalam keadaan aman sejahtera dan memperkasakan komuniti (Community Empowerment) ke arah meningkatkan keupayaan penduduk terhadap perubahan sosial dan gaya hidup, serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin dikejiranan.


Memberikan pengisian kepada penduduk agar mengutamakan semagat kejiranan, keharmonian dan bertoleransi di semua peringkat lapisan umur dan masyarakat. Dapat bertukar-tukar pandangan fikiran di kalangan peserta dalam segala hal berkaitan keselamatan, kebersihan, ekonomi juga kekeluargaan.


Kronologi persembahan dimulakan dengan paluan kompang perasmian dan kejutan persembahan santapan hormat vip. Lampu sorot di padamkan seketika diikuti dengan barisan rakan muda membawa dulang makanan keluar menuju ke 6 buah meja VIP diiringi hulubalang/putri membawa lilin dengan iringan muzik klasik raya. Bagi memeriahkan lagi malam "JAMPAKA 08" persembahan kebudayaan sketsa dan karaoke lagu-lagu klasik raya di dendangkan kepada para tetamu sambil menikmati jamuan makan malam.


Menu Bufet


1. Laksa Jalinan Mesra.

2. Soto Pautan Kasih.

3. Lontong Harmoni.

4. Bihun Perpaduan.

5. Lemang Perdana.

6. Buah-Buahan Tempatan Tropikana.

7. Air Perisa Muhibbah.


Persiapan Tapak Program "Malam Jalinan Mesra Pautan Kasih Aidilfitri 2008"

1.jpgUcapan Aluan Daripada Pengerusi KRTPP Encik Mat Piah Awang Chik Merangkap Timbalan Yang Dipertua, PBB.

2 (2).jpgUcapan Aluan Oleh Sdr Damiri Hj Majidah, Yang Dipertua, Persatuan Penduduk Blok B, Petaling Jaya Selatan.

2 (3).jpgUcapan Perasmian Oleh tetamu undangan Pegawai JPNIN Daerah Petaling.2 (4).jpgJamuan makan malam "JAMPAKA 08" bermula.4.jpg
9.jpg
12.jpg
3.jpg
2.jpg
6.jpg
7.jpg

8.jpg

14.jpgCeloteh pengacara dalam episod "I know what you did last Raya" oleh AJK PBB dan AJK KRTPP yang menghiburkan tetamu sambil menikmati juadah makan malam.10.jpgPangsapuri Permai Idol sedang mendedangkan lagu klasik raya.13.jpg

No comments: