Thursday, October 29, 2009

091025 Program Kepenggunaan (KPDNKK)

Program Ceramah Pengguna dan Kempen Kesihatan, anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling (CAPs), Persatuan Penduduk & Kebajikan Flat Petaling Utama, KRT Flat Petaling Utama, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B, PJS (PBB) dan KRT Pangsapuri Permai PJS (KRTPP) pada 25 Oktober 2009, bertempat di Blok C, Flat Petaling Utama. Program tersebut berakhir pada jam 01:00 tengahari.

Pengisian program tersebut padat dengan 2 ceramah diantaranya ceramah Hak Dan Tanggungjawab Penguna oleh penceramah Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan. Ceramah Isu-Isu Semasa Kesihatan, H1N1 dan Denggi, penceramah oleh Dr. Rashimah, Pegawai Kesihatan Daerah Petaling. Selain itu terdapat beberapa ruang pameran disediakan diantaranya pameran barangan tiruan hasil rampasan oleh penguatkuasa KPDNKK. Pameran Jauhi Denggi oleh Kementerian Kesihatan.

Slide Bergambar Pengisian Aktiviti Program Kepenggunaan KPDNKK