Saturday, June 26, 2010

100625 Takziah dan Al-Fatihah

Salam takziah kepada keluarga sahabat kita Saudara Khairul dari B-8-11 atas kembalinya isteri tersayang ke rahmatullah pada Jumaat 25 Jun 2010 di Pusat Perubatan Universiti Malaya sekitar jam 11:00 pagi tadi. Jenazah Allahyarhamah telah di sembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk dikebumikan disana. Yang Berbahagia Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah. Warga Pangsapuri Permai mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Saf pimpinan PBB dan ahli keluarga Sdr Khairul mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu mengurus menyelesaikan urusan pemindahan jenazah Allahyarhamah ke Pulau Pinang.

*** Al-Fatihah ***

Friday, June 25, 2010

100606 Persandingan Rosmaliza Mat Ismail

Persatuan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada mempelai Raja Sehari Pn Rosmaliza Mat Ismail dan suami tersayang, yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu & Ahad, 05 & 06 Jun 2010, bertempat di Pentas Dataran Pangsapuri Permai. Kami berdoa semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Dua ekor lembu telah tumbang khusus untuk jamuan majlis tersebut dan terdapat peristiwa yang jarang di temui. Salah seorang qariah rewang telah menemui kalimah Allah pada urat daging sembelihan lembu semasa sedang membuat persiapan melapah daging lembu untuk di masak rendang tok dan daging masak merah.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat khasnya saf pimpinan gabungan bersatu erat perpaduan diantaranya PBB, KRTPP, PKPBA dan PBPP kerana dapat membantu dari awal hingga akhir demi merialisasikan majlis walimatul urus tersebut dengan jayanya.

Saf pimpinan gabungan bersatu erat perpaduan dan keluarga Saudara Mat Ismail Saad mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua qariah yang turun rewang khas untuk menyediakan juadah lauk pauk dan memastikan perjalanan majlis walimatul urus tersebut berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang.