Thursday, February 11, 2010

100210 Latihan Intensif Tarian Silat Seni

Tahniah dan syabas kepada Persatuan Belia Pangsapuri Permai PJS (PBPP) dengan kerjasama Unit-Unit Kebudayaan & Kesenian dan Unit-Unit Pembangunan Usahawan dari gabungan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai (KRTPP), Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS (PBB) dan Persatuan Kebajikan Penduduk Pangsapuri Permai (PKPP), kerana sekali lagi telah berjaya menambah aktiviti kalendarnya menyediakan aktiviti Tarian Silat Seni khusus untuk belia/remaja Pangsapuri Permai..

Tarian Silat Seni ini adalah sebagai aktiviti tambahan/pelengkap kepada seni tari Tarian Zapin, Inang, Joget, cik mek molek (dll) dan kumpulan kompang yang kini latihannya masih giat dijalankan. Objektif aktiviti kebudayaan ini dijalankan adalah sebagai satu usaha untuk menerap dan memberikan pendedahan kepada janerasi muda menghayati seni kebudayaan melayu agar tidak ditelan zaman.

Selain daripada menambahkan ilmu seni kebudayaan kepada belia/remaja Pangsapuri Permai, pihak jawatankuasa gabungan Unit Pembangunan Keusahawanan sedang giat mempromosikan kumpulan tari dan kumpulan kompang ini untuk mengadakan persembahan bagi menampung kos membeli peralatan dan kostum tradisional juga sebagai galakan untuk mereka terus menjalankan latihan memandangkan terdapat permintaan yang menggalakan untuk mengadakan persembahan khas/perasmian, bagi majlis rasmi/acara utama/makan malam/eksklusif majlis perkahwinan.

Sekiranya ada yang berminat untuk mengadakan persembahan khas/perasmian, bagi majlis rasmi, acara utama, makan malam, majlis kahwin bolehlah berhubung terus melalui talian 019-330 6282 Amir.

Koleksi Latihan Silat Seni

Persembahan Tarian Zapin & Cik Mek Molek