Monday, November 16, 2009

091115 Senamrobik Poco-Poco, Klinik Tari Zapin & Seminar Kepenggunaan KDNPKK (Slide Aktiviti Bergambar)

Pada Ahad, 15 November 2009 sesi ke 2, Program Idola Rakan Muda Jiran Muda (Weekends Champs) 2009 bagi program Rakan Muda Kecergasan telah dijalankan dengan jayanya. Pengisian program tersebut adalah senam robik poco-poco, klinik tari zapin dan seminar kepenggunaan bersama KPDNKK berjalan lancar sebagaimana dirancang. Penceramah khas telah diundang bagi memberikan ceramah kepenggunaan dalam pengisian hak-hak pengguna, tribunal pengguna. Diantaranya ialah Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Petaling Jaya, Ketua Penguatkuasa Daerah KPDNKK Cawangan Petaling Jaya, Ketua Seksyen Tribunal KPDNKK dan Prof Dato' Mohd Hamdan Bin Haji Adnan Penasihat FOMCA.

Syabas diucapkan kepada semua warga KRTPP dan Jiran Muda Pangsapuri Permai atas kejayaan Program Idola Rakan Muda Jiran Muda dengan kehadiran luar jangkaan. (Sila lihat slide gambar aktiviti program)