Thursday, July 15, 2010

100711 Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010

SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada urusetia Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010 (KFTPP10) anjuran Persatuan Belia Pangsapuri Permai(PBPP) yang di Pengerusikan oleh Encik Mat Piah Awang Cik aktivis penggerak belia, dengan kerjasama rakan perpaduan, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS (PBB), Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A Pangsapuri Permai PJS (PKPBA) dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai (KRTPP) kerana telah berjaya menganjurkan KFTPP10 pada tahun ini dengan gilang gemilang.

Aturcara pengisian perasmiannya juga sangat menarik, tersusun dan berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan perarakan kompang dari Kumpulan Kompang Permai Murni Pangsapuri Permai menyambut ketibaan tetamu kehormat. Terdapat perbarisan peserta/kontinjen terdiri daripada Kelab negeri Perlis, Kelantan, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Belia Malaysia. Persembahan Silat Seni dari Kumpulan Silat Seni Pangsapuri Permai, Persembahan Tarian Kebudayaan daripada kumpulan tari "Seri PEJASA One". Bacaan Doa, Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PBPP dan perasmian dilakukan oleh Puan Hasmah Ajem, Pegawai Belia Daerah Petaling dengan simbolik memotong riben pada logo KFTPP10. Penyampaian sijil penghargaan kepada individu-individu yang telah mencurahkan masa, tenaga dan wang secara PERCUMA untuk mengajar dan memajukan Belia, anak-anak warga Pangsapuri Permai diantaranya Encik Badri Mohazar Mohamad Guru Kompang (Kumpulan Kompang Permai Murni Pangsapuri Permai), Encik Hamdan Musa Guru Silat Seni (Kumpulan Silat Seni Pangsapuri Permai), Encik Mohd Shah Mohamed guru tari kumpulan tari (Seri PeJaSa One) dan Encik Abdul Malek. Encik Abdul Malik diberi penghargaan atas jasa beliau menghubungi pihak Bomba untuk memadam kebakaran di bumbung bangunan Blok B akibat dari terkena panahan petir pada petang 29 Mei 2010 lalu. Beliau adalah hero penyelamat Bangunan Blok B. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya tiada sesiapa pun sedar tentang kebakaran tersebut!!. Yang pasti ramai akan kehilangan harta benda dan mungkin juga nyawa.

Yang menarik dan perlu di beri PUJIAN adalah semua urusetia aktivis terlibat dalam KFTPP10 adalah ORIGIN daripada Belia Belia Pangsapuri Permai TOTAL, bukan di import dari luar. Tindakan ini dilihat untuk mendidik pelapis-pelapis belia merencana aktiviti dan mentadbir sesebuah pertubuhan/AJK. SYABAS sekali lagi diucapkan.

Kejohanan gilang gemilang tersebut adalah yang terbesar pernah diadakan dengan hadiah-hadiah menarik disediakan. Kejohanan tersebut telah berjaya mencapai sasaran kerana dapat mengumpul semua belia, rakan muda Pangsapuri Permai untuk menyertai KFTPP10. Terdapat 8 pasukan dinamakan sempena nama negeri-negeri 1 Malaysia diantaranya Perlis, Kelantan, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. KFTPP10 akan berjalan di sepanjang bulan Julai ini. Difahamkan masih ada lagi belia tidak dapat menyertai KFTPP10 kerana terlewat menghantar borang penyertaan.

Tahniah dan terima kasih kepada Yang Dipertua Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS, kerana berjaya mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk membina padang futsal mengikut spesifikasi di tetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, peruntukan daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hasmah bt. Ajem, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Petaling. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hasmah Ajem kerana dapat melapangkan masa sudi merasmikan KFTPP10.

SYABAS BELIA PANGSAPURI PERMAI... BELIA BERINOVASI LESTARI DAN BERWAWASAN.