Saturday, January 23, 2010

100123 Program Latihan River Ranger Sg Klang Zon 2

Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS (PBB) dan badan NGO lain yang berhampiran Sungai Klang telah dijemput untuk menyertai latihan River Ranger dalam "Program Pendidikan Komuniti River Ranger Sungai Klang" pada Sabtu, 23 Januari 2010. bertempat dibilik seminar 1, Bangunan MBPJ anjuran bersama Global Environment Centre (GEC).

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pengurusan sungai. Untuk menubuhkan kumpulan River Ranger bagi menyokong aktiviti pemantauan lembangan sungai Klang oleh komuniti setempat. Untuk menyokong penglibatan komuniti dalam projek pemulihan sungai Klang melalui penubuhan jaringan River Ranger.

Banyak input dan output yang berguna telah kami perolehi dalam program latihan tersebut dan yang pasti tahap kesedaran tertinggi tentang pentingnya penjagaan sungai telah menyerap kedalam minda dan tubuh kami bagai arus sungai yang jernih mengalir tanpa henti.

Pengalaman kumpulan kami (Kumpulan MBPJ) yang kami perolehi dalam latihan asas kerja lapangan kualiti sungai dengan mengambil kira Hidrologi Sungai, Kelajuan, Pemerhatian Fizikal, Kajian Kualiti Air, Kajian Biologi di tapak Bukit Kiara, Sungai Penchala dan tapak Desa Mentari amat mengujakan dan amat berguna.

Berikut adalah penilaian kajian kualiti air yang kami jalankan :-

1. Tapak Bukit Kiara, Sungai Penchala

Pada keseluruhannya kualiti air dikawasan tersebut adalah baik dan boleh diminum terus berikutan penemuan banyak hidupan organisma (Hidupan Tanpa Tulang Belakang) diantaranya Stonefly Nymphs, Udang Sungai (Udang Merah) dan Ikan. Difahamkan kualiti air disetiap bahagian sungai dinilai berdasarkan kehadiran organisma hidup yang tinggal didalam air dari kategori haiwan tanpa tulang belakang (invertebrata) dan ikan yang hanya hidup disungai-sungai yang jernih bersih dan bebas pencemaran.

Kajian Kualiti Air Tapak Bukit Kiara, Sg Penchala 23/01/2010 - 3:30pm/15:20hrs

pH - 7
DO - 8 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 4 PPM
Nitrat - 5 PPM
Suhu - 26c

2. Tapak Desa Mentari

Pada keseluruhannya kualiti air sungai ini tidak selamat untuk diminum memandangkan telah dicemari oleh sisa buangan domestik kerana aliran sungai ini merintasi kawasan industri, kawasan perumahan dan tapak-tapak pembangunan. Tidak menemui sebarang hidupan organisma (Hidupan Tanpa Tulang Belakang) sebagaimana ditapak Bukit Kiara, Sungai Penchala di sungai ini.

Kajian Kualiti Air Tapak Desa Mentari 23/01/2010 - 4:30pm/16:30hrs

pH - 7
DO - 4 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 2 PPM
Nitrat - 5 PPM
Suhu - 28c

Photo Aktiviti Program River Ranger Sg Klang 23 Jan 2010