Monday, January 11, 2010

100110 Sumbangan Bahan Mentah Makanan Oleh Jawatankuasa Gerak Wanis PJS

Pimpinan KRTPP dan PBB mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Rakan Muda/Belia Pangsapuri Permai terutama kepada Puan Noraishah Thalib, Penggerak Rakan Muda/Belia Pangsapuri Permai kerana dapat merialisasikan Program sumbangan bahan mentah makanan harian dan wang tunai kepada 6 keluarga ibu bapa penjaga orang kurang upaya dan ibu-ibu tunggal yang menghidap penyakit kronik warga Pangsapuri Permai. Majlis taklimat program tersebut telah di sempurnakan oleh Encik Mat Piah Awang Chik, Pengerusi KRTPP dan hadir sama adalah Encik Husin @ Mohamed Dollah Yang Dipertua PKPBA dan Damiri Majidah, Yang Dipertua PBB. Program tersebut bermula dari jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengahari 10 Januari 2010 berjalan dengan lancar.

Pengisian Program Konvoi Menyusur Akar tersebut adalah menyerahkan sumbangan bahan mentah makanan harian dan wang tunai, anjuran bersama Rakan Muda/belia Pangsapuri Permai, Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B, Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A, Gerak Wanis PJS dan Gerakan Belia 4B PJS. Sumbangan tersebut di sampaikan sendiri oleh Pengerusinya, Datin Sri Ismalina Ismail kepada 6 ibu bapa penjaga orang kurang upaya dan ibu tunggal yang menghidap penyakit kronik.

Kami berharap sumbangan sedemikian dapat dijalankan sekerap mungkin di Pangsapuri Permai dan tidak sekadar bermusim. Gabungan Pimpinan Pangsapuri Permai mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang sedemikian dan berharap lebih banyak lagi Ngo Ngo dan Korporat lain mengikuti jejak yang sama tampil membantu sebagai khidmat sosial masyarakat setempat.

"SALAM PERPADUAN 1MALAYSIA"