Sunday, August 1, 2010

100731 Perasmian Penutup Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010

Di kesempatan ini warga Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431 hijrah dan "Selamat Berpuasa" kepada seluruh warga Pangsapuri Permai.

Malam 31 Julai 2010 adalah tarikh keramat menjadikan malam bersejarah bagi warga belia khasnya dan warga Pangsapuri Permai amnya setelah 21 hari menonton/menjalankan "Kejohanan Bola Jaring Tertutup Pangsapuri Permai 2010" (KBJTPP10) dan "Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010" (KFTPP10) yang dijalankan pada sebelah malam di padang futsal Dataran Pangsapuri Permai dengan lancar, maka tarikh 31 Julai 2010 menjadi titik akhir pengiktirafan dominasi pemenang yang menjulang piala bagi KBJTPP10 dan piala KFTPP10 bagi "Piala Juara Liga", "Piala FA" dan "Piala Juara-Juara". Terdapat 8 pasukan KFTPP10 dengan jumlah keseluruhan seramai 56 peserta dan 3 pasukan KBJTPP10 dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 30 orang. Setidak-tidaknya paling minima para peserta akan membawa pulang 2 hadiah diantaranya cenderahati penyertaan dan piala pemenang Naib Johan atau pun Johan daripada tiga kejohanan futsal ditandingkan.

Perlawanan KBJTPP10 dan KFTPP10 . Cuaca semasa malam perasmian penutup tidak begitu baik kerana hujan renyai-renyai mulai turun memaksa urusetia kejohanan tukar plan B, dengan memindahkan kerusi meja dari pentas Dataran Pangsapuri Permai ke lokasi bawah blok A untuk meneruskan aturcara perasmian dan penyerahan piala kejohanan. Syabas kepada urusetia dan peserta kejohanan kerana dapat bertindak dengan pantas memindahkan kerusi meja untuk 400 tetamu ke ruang legar bawah blok A pada jam 08:30 malam.

Aturcara pengisian perasmian tertutup KBJTPP10 dan KFTPP10 agak menarik daripada biasa. Pada sesi siang diadakan gotong royong program Aqiqah untuk keluarga saudara Ramlee Rais dan keluarga YDP PBB dijalankan. Pada sesi malam selepas solat maghrib diadakan majlis tahlil arwah dan doa selamat yang di pimpin oleh Al-Fathil Ustaz Mohammad Zamry b. Md Sarip, Pengerusi Surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai. Selesai solat isyak jamuan makan malam diadakan di bawah ruang legar blok A. YDP PBB serta Sdr Ramlee Rais sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Al-Fathil Ustaz Mohammad Zamry b. Md Sarip khasnya serta para jemputan amnya atas kesudian beliau serta para jemputan melapangkan masa bagi menyempurnakan majlis tahlil arwah dan doa selamat pada malam itu.

Selesai sesi majlis tahlil arwah dan doa selamat maka sampailah masanya Perasmian Penutup "Kejohanan Bola Jaring Tertutup Pangsapuri Permai" dan "Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010" bermula sekitar jam 10:00 malam dengan acara ucapan perasmian penutup oleh Encik Mat Piah b Awang Chik, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai Merangkap Pengerusi, Persatuan Belia Pangsapuri Permai. Disusuli dengan persembahan kebudayaan berasingan daripada beliawanis dan beliawan, kumpulan tari "Seri PEJASA One". Pada malam itu mereka mempersembahkan 2 tarian diantaranya tarian Layang Emas dipersembahkan khas oleh penari beliawanis sahaja dan tarian zapin dipersembahkan khas oleh penari beliawan sahaja. Sungguh cantik, menawan, dan sopan pakain kostum tari kebudayaan penari beliawanisnya. Begitu juga sungguh kacak pakaian kostum tari kebudayaan penari beliawannya. Mereka telah mendapat tepukkan gemuruh daripada hadirin pada malam itu. Sambil menjamu selera dan santai pada malam itu semua hadirin juga telah dihiburkan oleh kumpulan kugiran 60an daripada Taman Dato' Harun secara live.

Diikuti dengan penyampaian hadiah Pemenang bagi KBJTPP10 dan KFTPP10 dimulakan dengan :-

1. Penyampaian cenderahati berupa tropi kepada semua 56 peserta KFTPP10.
2. Penyampaian Piala Kejohanan Bola Jaring Tertutup Pangsapuri Permai 2010
  • Tempat Ke Tiga - Pasukan Spain
  • Naib Johan - Pasukan Sport Club C
  • Johan - Pasukan Kombo Team
3. Penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010.
  • Piala Juara Liga - Johan - Pasukan Negeri Perak.
  • Piala FA - Naib Johan - Pasukan Negeri Kelantan.
  • Piala FA - Johan - Pasukan Negeri Perlis.
  • Piala Juara-Juara - Naib Johan - Pasukan Negeri Perlis.
  • Piala Juara-Juara - Johan - Negeri Kelantan.
Program tamat tepat jam 12:00 malam pada malam tersebut. Bagi pihak Rakan Perpaduan terdiri daripada warga Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS, Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A Pangsapuri Permai PJS, Persatuan Belia Pangsapuri Permai PJS1 dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai PJS1, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KBJTPP10 dan KFTPP10 ini. Kami hargai semangat tinggi rakan perpaduan yang anda pamerkan itu.

"Anda Komited, Persatuan Komited"...!. "Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu"

"SEMUGA KITA BERJUMPA LAGI PADA PROGRAM RAKAN PERPADUAN DIMASA AKAN DATANG"


Gambar Sesi Persediaan Majlis Aqiqah Keluarga Ramlee Rais dan Keluarga YDP

Gambar Sesi Perasmian Penutup Kejohanan Futsal Tertutup Pangsapuri Permai 2010