Tuesday, July 28, 2009

090728 Pencuri Pam Brek Cakera Yamaha Lagenda ..!!

Sungguh malang nasib sahabat kita ni.... menurut beliau, pada malam 26 Julai 2009 lalu alat pam brek cakera roda hadapan motosikal Yamaha Lagendanya telah dicuri... Modus operandi pencuri ia lah dengan membuka 2 batang skrew dan memotong paip getah bendalir utama di bahagian roda depan sebagaimana photo di bawah. Kegiatan mencuri bahagian-bahagian tertentu motorsikal berjenama dan baru kini semangkin menjadi-jadi sejak kebelakang ini dikawasan kita. Nasib baik sahabat kita pasang kunci rantai lilit tambahan pada malam tu..., jadi pencuri cuma curi pam brek cakera saja... kalau tak pasang kunci rantai lilit tambahan agaknya dah pasti ngan motornya sekali dilarikan pencuri, haru juga dibuatnya. Sesiapa yang melihat kejadian ini mohon lapor kepada pihak yang berwajib. Kepada semua pemilik motorsikal diingatkan supaya menambah kunci keselamatan tambahan bagi motorsikal masing-masing dan dipasang alat penggera.090726 BJP 5503.gif
P7280009x.jpg