Thursday, August 20, 2009

090820 Kibar Jalur Gemilang

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat, ibu bapa kita yang telah pergi terdahulu dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita di pertengahan bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???

Jom kita kibarkan Jalur Gemilang..., buktikan rakyat Malaysia, khasnya warga Pangsapuri Permai lebih bersemangat patriotisme berbanding rakyat Indonesia mahu pun Thailand dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Salam MerDeKa..., Salam 1 Malaysia.... Photo TYDP di bantu oleh Sdr Wan, Jo dan Aoss sedang mengantung Jalur Gemilang di kiri-kanan pagar dan pokok dipintu masuk utama blok B. Syabas di ucapkan...

Pantun 4 kerat;

Kain Sutera.., Kain Sintatik.., Ada Bendera.., Anda Patriotik..

P8200012x.jpgP8200013x.jpgP8200015x.jpg

090821 Isu Lampu Tempat Letak Kereta SELESAI

Lampu tempat letak kereta sebelah tiang pintu pagar utama Blok B telah dibaik pulih pada 21/08/09. Terima kasih kepada Gumi Elektrik (Kontraktor MBPJ) atas khidmatnya.

Awas..., berhati hati apabila meletak kereta dipetak kereta bawah tiang lampu letak kereta bersebelahan pintu pagar utama blok B. Lampu tersebut telah terkehel menyuluh langit akibat digesel dahan pokok semasa hujan ribut pada bulan November 2008 lepas. Aduan kepada PKNS telah dibuat sebelum mesyuarat JMB pada April 2009 lepas... tapi masih tiada sebarang tindakan dibuat. Sekarang PKNS main tarik tali pulak..., katanya lampu parking tu bawah seliaan MBPJ..., MBPJ kata PKNS tak serah pada MBPJ lagi..., Mana satu betul pun tak pasti lagi...

P8200014x.jpgP8200014xx.jpg