AKTIVITI (Terkini)

100515 Persembahan Tarian Seri PEJASA One dan Pengacara Majlis


Persatuan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada mempelai Raja Sehari Kapt (Dr) Ahmad Mohsein Hj Abd Razak dan isteri tersayang, Puan Salbiah Hj Mad Sahad, yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 15 Mei 2010, bertempat di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur.

Ucapan terima kasih sekali lagi kepada Ayahanda dan Bonda mempelai Tuan Haji Abd Razak Syed Mohamad dan Puan Salmah Udin kerana sudi memberikan kami peluang untuk memimpin pengacara majlis pada majlis persandingan Puteranya dan mempersembahkan kebolehan kumpulan tari "Seri PEJASA One" dari Unit Kebudayaan, PBB dan Unit Kebudayaan, Persatuan Belia Pangsapuri Permai.

KE SEBERANG TAKIR MEMBELI CERMIN,
BELI IKAN DIMASAK GULAI;
CINTA BERAKHIR DI JINJANG PELAMIN,
SAMA SEGAK KEDUA MEMPELAI.

PANAS KERING SIAPAKAN TAHU,
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN;
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHU,
SAMA CANTIK SAMA PADAN.

DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA,
MELIHAT RUSA TEPI PERIGI;
SALAM PERPISAHAN UNTUK SEMUA,
DILAIN MASA BERSUA LAGI.

Kami berdoa semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat kepada pasangan mempelai.
Photobucket

10040204 Ekspedisi Menyusur Desa @ Hutan Melintang Perak 2010

Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada Belia, Rakan muda Pangsapuri Permai kerana dapat merialisasikan Ekspedisi Menyusur Desa @ Hutan Melintang, Perak, di Kampung Badri selama 3 hari 2 malam bermula pada 02 hingga 04 April 2010 (Jumaat ~ Ahad) .  Ekspedisi Menyusur Desa ini di anggap berjaya memenuhi objektif yang disasarkan.

Seramai 57 belia/rakan muda berumur daripada 15~40 tahun terlibat dalam program ini telah merialisasikan pelbagai aktiviti mencakupi aktiviti Kerja Amal, Keagamaan, Kebajikan, Kebudayaan, Sukaneka, Sosial dan Rekreasi.

Seawal jam 05:00 pagi, pada 02 April 2010 para belia/rakan muda Pangsapuri Permai telah berkumpul untuk mendengar taklimat terkini program "Ekpedisi Menyusur Desa" @ Hutan Melintang, Perak sebelum ke Lokasi Kg. Badri. Ekspedisi kali ini diketuai oleh Sdr Damiri Hj Majidah, Sdr Mat Piah Awang Chik serta Sdr Mohd Sabri Gulam Hassan.  Konvoi tiga buah van Kia Pregio dan 3 buah kereta telah membawa kumpulan ekspedisi ini ke lokasi yang ditetapkan.

Tepat jam 08:30 pagi kumpulan ekspedisi ini telah sampai ke destinasi pertama di Simpang Empat, Hutan Melintang dan singgah di Saba's Bistro untuk sarapan pagi. Selesai sarapan pagi kumpulan ekspedisi ini berlepas ke rumah ibu/bapa angkat pertama iaitu rumah Sdr Sallihuddin Johari/Puan Zahrani. Semua belia rakan muda menjalankan aktiviti gotong royong membersih dan mengemas dalam dan luar kawasan rumah kediaman keluarga angkat pertama sebagai tempat transit bermalam selama 2 malam.

Jam 03:00 petang kumpulan ekspedisi menyusur ke desa Angkat Kampung Badri untuk sesi penyerahan anak angkat Kampung Badri.   Ketibaan kami di sambut meriah oleh warga Kg Badri. Penyerahan dan penerimaan anak angkat telah disempurnakan oleh Tok Sidang Mohd Kamal Hj Badri.  Selesai aturcara penyerahan dan penerimaan anak angkat, para belia rakan muda menjalankan sesi gotong royong menyediakan makan minum untuk majlis Maulidur Rasul yang akan diadakan selepas solat Isyak di Surau Ikhsaniah Kg Badri. Belia rakan muda sembahyang berjemaah dengan ibu/bapa angkat warga Kg Badri dan selepas itu menghayati ceramah Maulidur Rasul.

Pada 03 April 2010 selesai sarapan pagi, belia rakan muda berkumpul di Surau Ikhsaniah untuk mendengar taklimat daripada AJK Kg Badri bagi program amal gotong royong mengemas/membersih dalam dan luar kawasan rumah warga tua miskin dan gotong royong membina padang bola tampar. Dua kunpulan telah dibentuk bagi menjalankan aktiviti tersebut.  Selepas makan tengahari peserta expedisi di bawa menjelajah bandar Teluk Intan, melawat jam condong.  Peserta ekspedisi terus menyusur perkampungan pelantar nelayan di Hutan Melintang dan dibawa menaiki feri Kilang Sabut menyeberangi Sungai Bernam Selangor ke Jeti Sungai Bernam untuk melihat pemandangan perkampungan nelayan dari arah bertentangan.  Selesai lawatan tersebut belia rakan muda pulang ke Kg Badri untuk meneruskan aturcara perlawanan persahabatan Bola Jaring dan Futsal. Tahniah kepada pasukan Kg Badri kerana telah memenangi perlawanan Bola Jaring dan Futsal.  Pada sesi malam selepas solat isyak berjemaah sesi pertukaran persembahan kebudayaan dengan warga Kg Badri bermula. Persembahan pertunjukan bunga api, silat dari kumpulan silat Seni Banten dan Barongan (Cepet) Kg Badri memulakan acara persembahan kebudayaan pada malam itu. Diikuti persembahan Tarian Zapin Johor dan Zapin Pahang oleh belia rakan muda Pangsapuri Permai.  Penyerahan sumbangan bahan mentah makanan kepada 5 orang fakir miskin di sempurnakan oleh YB Dato' Shaarani Muhammad ADUN Rungkup.  Turut hadir pada malam itu ialah Encik Zaiyan Kamaruzaman, Pegawai Khas YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Pada malam tersebut adalah merupakan malam penyerahan semula anak angkat.

Pada 04 April 2010, selesai sarapan pagi aktiviti gotong royong mengemas/membersih dalam dan luar kawasan rumah keluarga angkat Sdr Sallihuddin tempat peserta bermalam dijsempurnakan.  Selesai gotong royong membersih kawasan rumah peserta ekspedisi bersiap untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pangsapuri Permai, PJS 1.  Selesai makan tengahari di Saba's Bistro peserta ekspedisi menyusur ke Kuala Selangor untuk melawat tempat bersejarah di Bukit Malawati. Peserta ekspedisi meneruskan perjalanan pulang ke Pangsapuri Permai dan sampai di Pangsapuri Permai dengan selamat pada Jam 07:00 malam.

Kami seluruh peserta Ekspedisi Menyusur Desa 2010" mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Kg Badri, terutama Tok Sidang Mohd Kamal, Encik Saari Hj Sirat, Puan Zalilawati atas kerjasama yang harmoni dapat merialisasikan program ini dengan jayanya. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan.

Photobucket
Photobucket


100314  Program Karnival Sungai Klang 2010

Seawal jam 07:00 pagi pada 14/03/2010 kumpulan River Ranger Pangsapuri Permai bersama kumpulan River Ranger Pangsapuri Damai Senja telah keluar untuk ke tapak "Karnival Sungai" bagi menyertai Program Karnival Sungai Klang 2010 yang berlangsung di Pengkalan Dato, Klang selama 2 hari bermula pada 13~14 Mac 2010. Kumpulan River Ranger Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Damai Senja adalah kumpulan komuniti dibawah majlis tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Perasmian Karnival Sungai Klang tersebut telah di rasmikan oleh Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah.  Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan dalam Karnival Sungai Klang 2010 ini, diantaranya ialah Larian Bandar Diraja, Pertandingan kayak, Pertandingan Memancing, ‘River Hunt’, Pertandingan Melukis, ‘Flying Fox’ dan ‘Shopping Game’, persembahan kombo pihak berkuasa tempatan dan hiburan artis tempatan.

Kumpulan River Ranger Pangsapuri Permai mengambil bahagian dalam pertandingan River Hunt (5 orang peserta/kumpulan), Shopping Game (10 orang peserta/kumpulan) dan Peraduan melukis dan mewarna saputangan kanak-kanak (10 orang peserta/kumpulan).  Dengan ketekunan dan komitment yang tinggi kumpulan kita telah dapat menjuarai semua acara yang disertai.  Peserta Shopping Game mendapat tempat 1, River Hunt tempat ke 2 dan mewarna tempat ke 3.  Salah seorang adik kita, adik Firdaus Mat Piah berjaya memenangi hadiah sebuah pemain cakera DVD jenama Philip dalam cabutan ke 17/20, acara cabutan bertuah.

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan River Ranger Pangsapuri Permai atas kejayaan dalam sukaneka dan komitment yang berterusan.

Photobucket
(Sila Lihat Halaman Photo Galeri)



100312 XPDC Menyusuri Desa @ Hutan Melintang Perak

Unit Kebudayaan, Belia, Sukan, Sosial & Rekreasi PBB bersama Rakan Muda Jiran Muda, KRTPP PKPBA dan Persatuan Belia Pangsapuri Permai PJS1 bercadang untuk mengadakan "Ekspedisi Menyusuri Desa" @ Hutan Melintang Perak jadual sebagaimana berikut:

Tarikh:
Jumaat, 02~04 April 2010 (Jumaat ~ Ahad) (3H2M)

Masa Berlepas:
05:00 pagi Dari Pangsapuri Permai

Lokasi:
Parit 21, Batu 13, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak

Keluarga Angkat:
Encik Sallihuddin b. Johari
Puan Siti Zahrani bt. Hj Majidah

Penyertaan Peserta (Terhad)
Jiran Muda, Rakan Muda/Belia: 25 orang
Urusetia/penyelia: 10 orang
Jumlah Peserta: 35 orang

Rakan Kerjasama:
UMNO Bahagian Bagan Datoh,
Sdr Saari b. Hj Sirat, AJK UMNO Cawangan Kg. Badri, merangkap AJK UMNO Bahagian Bagan Datoh dan Puan Zalilawati bt. Hj Majidah, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg. Badri, merangkap AJK Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh
“1 Malaysia”


Pengisian

Pengisian program tersebut diantaranya adalah menjalankan aktiviti amal gotong royong membersih kawasan rumah keluarga angkat dan rumah warga tua terpilih, Klinik Futsal, Klinik Bola Jaring, memancing Ikan, mengembala lembu. Sasaran kami adalah untuk memupuk semangat dan menarik minat lebih ramai lagi Jiran Muda, Rakan Muda di kawasan Petaling Jaya Selatan 1 (PJS 1) untuk menyertai semua program-program yang akan atau sedang kami rancang dimasa hadapan.

Objektif

Objektif program ”Ekspedisi Menyusur Desa @ Hutan Melintang, Perak” ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan sebenar kehidupan didesa kepada peserta Jiran Muda, Rakan Muda yang kebanyakkannya kelahiran dan bermastautin di bandar. Bagi pembentukan positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan penyerapan akhlak yang baik. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawanan. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai. Meningkatkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat. Merapat dan mempertingkatkan penyuburan kemesraan kasih sayang di antara keluarga para peserta disamping mengiatkan semangat kejiranan dengan penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni diantara penduduk dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Program ini juga mampu memupuk Jiran Muda, Rakan Muda lebih Jatidiri, bertanggungjawab, berdisiplin, mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batasan agama bangsa dan ekonomi juga berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti menjana keperibadian mulia, dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.

Latar belakang Geografi Lokasi Keluarga Angkat

Kawasan perkampungan keluarga angkat tersebut adalah merupakan kawasan kampung tradisional, tanah gambut pertanian. Populasi Kampung Parit 21 Batu 13 dianggarkan seramai 250 orang, terdiri daripada 50 unit rumah. Populasi di Pekan Simpang Empat, Hutan Melintang dianggarkan 3,500 orang.



AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi:
Damiri b. Hj Majidah, PJK
Yang Dipertua, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B, PJS1
Pengerusi, Biro Kebudayaan, Belia, Sukan, Sosial & Rekreasi, UMNO Bahagian P.J Selatan

Setiausaha I:
Mat Piah b. Awang Chik
Pengerusi, Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, PJS1
Pengerusi, Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS1

Setiausaha II:
Hussein @ Mohamed b. Dollah, PJK
Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Penduduk Pangsapuri Permai Blok A, PJS

Bendahari:
Mohd Baharuddin Kanli Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, PJS1
J/K Makanan:
Noraishah bt. Talib
Penggerak, Unit Belia Pangsapuri Permai, PJS1

J/K Sukaneka: 
Mohd Sabri Gelama Hassan
Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS

J/K Keselamatan:
Mohd Harzami Razali
Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS1

J/K Publisiti:
Rosmalah Md Ismail
Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS1

J/K Protokol Dan Komunikasi:
Mohd Sabri Gelama Hassan
Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS1

J/K Peralatan:
Gulam Faizal Gelama Hassan
Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS1

J/K Logistik:
Khairul Adi Adnan
Persatuan Belia Pangsapuri Permai, PJS1


TENTATIF PENGISIAN ATURCARA PROGRAM

JUMAAT, 02/04/10 ~ SESI PAGI
 05:00 pg ~ Berlepas Ke Simpang Empat, Hutan Melintang Perak, via Kuala Selangor, Sabak Bernam & Simpang Empat (Keluarga Angkat) Mohd Sabri
08:00 pg ~ Sarapan Pagi di Saba’s Bistro
09:00 pg ~ Ke rumah angkat keluarga Sdr Sallihuddin Johari Parit 21 Bt 13, Hutan Melintang Perak
10:00 pg ~ Gotong royong, mengemas dan membersih kawasan rumah keluarga angkat Mohd Sabri
11:00 pg ~ Gotong Royong mengemas dan membersih rumah warga tua miskin tegar Sdr Amat Sairi b. Mohd Sameon, Parit 21, Batu 13, Hutan Melintang, Perak Mohd Sabri

SESI PETANG
01:00 ptg ~ Solat Jumaat
02:20 ptg ~ Makan Tengahari
02:40 ptg ~ Gotong royong menyediakan persiapan makan malam BBQ Seafood. Lawatan ke perkampungan nelayan Cina di Pelantar Ikan, Hutan Melintang / Parit 4, Bagan Datoh, untuk membeli hasil tangkapan laut (Ikan/Udang/Sotong/ Kerang) bagi makan malam BBQ Seafoo.
04:30 ptg ~ Solat Asar Berjemaah
05:00 ptg ~ Minum Petang

SESI MALAM
07:25 mlm ~ Solat Magrib dan Solat Isyak berjemaah
09:00 mlm ~ Makan malam BBQ Seafood bersama pimpinan UMNO Bahagian Bagan Datoh, UMNO Cawangan Kg Badri, UMNO Cawangan Parit 21 dan Acara Karaoke terbuka untuk peserta dan wakil pimpinan setempat.
12:00 mlm ~ Berehat


SABTU, 03/04/10 SESI PAGI
 06:12 pg ~ Solat Suboh Berjemaah
08:00 pg ~ Sarapan Pagi
09:00 pg Perlawanan Persahabatan Bola Jaring (Skuad Puteri) Noraishah
Perlawanan Persahabatan Futsal (Skuad Putera) Mohd Sabri
12:00 tghr ~ Makan Tengahari

SESI PETANG
01:24 ptg ~ Solat Zohor Berjemaah.
02:00 ptg ~ Menyerahkan sumbangan bahan makanan mentah kepada 3 keluarga miskin tegar.
04:30 ptg ~ Solat Asar Berjemaah
05:00 ptg ~ Mengembala lembu bersama keluarga angkat sekitar 1 km persegi di sekitar kebun Kelapa Sawit berhampiran rumah keluarga angkat.
05:00 ptg ~ Minum Petang

SESI MALAM
06:30 mlm ~ Makan Malam dan bersiap ke Teluk Intan
07:26 mlm ~ Solat Magrib Berjemaah.
08:00 mlm ~ Melawat ke Jam Condong, Teluk Intan, Jalan-Jalan Di Pasar Malam Teluk Intan
10:00 mlm ~ Pulang dan bermalam di rumah keluarga angkat


AHAD, 04/04/10 SESI PAGI
06:12 pg ~ Solat Suboh Berjemaah
08:00 pg ~ Sarapan Pagi
10:00 pg ~ Acara Bebas

SESI PETANG
12:00 tghr ~ Makan Tengahari 
01:24 ptg ~ Solat Zohor Berjemah
02:00 ptg ~ Berlepas Lawatan ke Bukit Melawati, Kuala Selangor
06:00 ptg ~ Berlepas Pulang Ke Pangsapuri Permai PJS

* ATURCARA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SESUAI DENGAN KEADAAN CUACA

PERSEDIAAN PERALATAN
Keperluan Alatan Gotong Royong dan Keperluan Gotong Royong BBQ
1 Penyapu (3 unit) 1 Dapor grill BBQ
2 Bag Plastik Sampah Hitam (10 bag) 2 Kayu Arang (5 bag)
3 Cakar (3 unit) 3 Minyak masak (1 kg)
4 Kemah (4 petak)



100307 Gotong Royong Membersih Longkang Utama Jalan PJS 1/25

Tahniah kepada Ahli River Ranger Sungai Klang kerana dapat meneruskan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sebagai satu usaha yang berterusan bagi mendidik komuniti setempat bagi pemuliharaan lembangan Sungai Klang. Pada 07/03/2010 lalu pihak ahli River Ranger Sungai Klang telah mengadakan gotong royong membersihkan longkang utama saliran air ke Sungai Klang, Selat Melaka.

Gotong royong tersebut bermula dari jam 08:30 pagi dengan gabungan kumpulan komuniti Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai, Kawasan Rukun Tetangga Damai Senja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (LA)dan Alam Flora.

Di fahamkan pihak MBPJ telah memberikan tugasan menganak angkat, Longkang Utama, yang merupakan saliran air ke Sungai Klang, Selat Melaka kepada Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan gotong royong ini.
Photobucket
(Sila Lihat Halaman Photo Galeri)



080713 Program Selingkar Kasih Jalinan Mesra MPWK 2008

Tujuan program ini di adakan adalah untuk merapatkan tali silaturahim dan menjalinkan semangat kejiranan diantara peduduk setempat. Program ini juga mampu memupuk Rakan Muda lebih Jatidiri, Semangat kekitaan, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh. Memupuk semangat setia kawan membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana muhibah dan harmoni.
Memberikan pengisian kepada penduduk agar mengutamakan semagat kejiranan, keharmonian dan bertoleransi di semua peringkat lapisan umur dan masyarakat. Dapat bertukar-tukar pandangan fikiran di kalangan peserta dalam segala hal berkaitan keselamatan, kebersihan, Alam sekitar, ekonomi juga kekeluargaan.
Anjuran bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, PJS 1 serta Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen PJS (MPWK)
Pengisian Program
1. Senam Robik & Poco-Poco.
2. Ceramah bertajuk "Komunikasi Kekeluargaan".
3. Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin.
4. Solat berjemaah di Surau Al-Istiqlal P.Permai.
5. Persembahan Kumpulan Nasyid Kanak-Kanak.
6. Persembahan Tarian Zapin dan Inang Kanak-Kanak.
7. Persembahan Nasyid Wanita.
8. Pertandingan Karaoke.
9. Penyampaian Hadiah.
Senam Robik Poco-Poco (Instraktor Daripada National Fitness Centre)
1.JPG2.JPG
Penyampai Sumbangan Fakir Miskin Oleh Puan Munaliza Hamzah, Pengerusi MPWK Parlimen PJS.3.1.JPG3.2.JPG3.3.JPG
Ceramah Bertajuk "Komunikasi Kekeluargaan" Oleh Y.Bhg. Puan Jyothi Kartiga Presiden Pertubuhan Rangkaian Wanita Malaysia, NGO.4.JPG5.JPG
Pada sesi malam - Para jemputan di jamu jamuan malam sambil menikmati persembahan kebudayaan.6.JPG
Persembahan sulung Paluan Kompang Pangsapuri Permai yang baru di tubuhkan. Kumpulan kompang ini telah menerima banyak undangan bagi perasmian dan majlis perkahwinan sejak di tubuhkan.7.JPG8.JPG
Persembahan Bercerita Bahasa Inggeris oleh adik Khairul Hakimi b. Maamor.9.JPG
Persembahan Kumpulan Nasyid anak-anak Pangsapuri Permai.10.JPG
Persembahan Tarian Zapin dan Inang Kanak-Kanak TBK KEMAS Nilam Sari.11.JPG12.JPG13.JPG
Persembahan Kumpulan Nasyid Wanita Pangsapuri Permai.14.JPG15.JPG
Pertandingan Karaoke "Pangsapuri Permai Idol" seramai 12 peserta menyertai pertandingan ini.16.JPG19 (2).JPG19.JPG
Penyampaian Hadiah Saguhati Karaoke dan Hadiah Cabutan Bertuah.20.JPG21.JPG22.JPG