Thursday, June 11, 2009

090118 Gotong Royong Memasak Bubur Asyura 2009

Program ini di kendalikan oleh Unit Agama, PBB dengan kerjasama KRTPP bersama penduduk. Bubur asyura ini akan di agih-agihkan kepada semua penduduk Pangsapuri Permai. Acara ini akan dijadikan satu acara tahunan.

Bubur Asyura - Asal Usul dan Pengajaran

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Dipetik daripada: http://al-haziq.blogspot.com/2008/01/bubur-asyura-antara-adat-syariat.html.3.jpg 1.jpg 2.jpg

No comments: