Thursday, June 11, 2009

081213 Berkhatan Beramai-Ramai 2008

Program ini adalah anjuran bersama persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai. Program ini julung kali diadakan dan akan di jadikan sebagai acara program tahunan Persatuan dan KRTPP di masa hadapan.


Persiapan dan aturcara dibuat dari sebelah petang hingga ke malam. Pada sebelah petang gotong royong menyediakan makan malam dan kerusi meja di dataran Pangsapuri Permai. Pada sebelah malam majlis doa selamat dan kenduri arwah di jalankan di surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai.


Untuk tahun ini penyertaan seramai 13 orang peserta dari kalangan anak-anak Pangsapuri Permai sahaja. Dengan adanya program yang seumpama ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan Ibu bapa peserta untuk perbelanjaan kenduri sebagaimana lazimnya. Jamuan makan malam di sumbangkan oleh Persatuan dan KRTPP. Untuk memeriahkan lagi program ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya turut menjayakan program ini bagi acara bersiram beramai-ramai.

Gotong royong memasak rendang tok untuk jamuan bersama penduduk.

1.jpg2.jpgMengarak peserta berkhatan bermula daripada Dataran Pangsapuri Permai, melalui jalan PJS 1/25 dan PJS 1/50 menuju ke pentas Dataran Pangsapuri Permai.
3.jpg4.jpgAcara menepung tawar dan memberikan sumbangan kain pelekat kepada semua peserta berkhatan yang di sampai oleh Encik Beh sebagai memberikan sokongan dan semangat kepada peserta.
5.jpgJamuan khas meraikan peserta berkhatan bersama petugas dan tetamu jemputan En Beh daripada JPNINDP.6.jpg7.jpg8.jpgAcara bersiram beramai-ramai peserta berkhatan dan rakan sebaya sebelum acara berkhatan di surau Al-Istiqlal Pangsapuri Permai di mulakan. Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya atas kerjasama mereka untuk menjaya dan memeriahkan lagi program ini.

9.jpg10.jpgAdik-adik peserta menuggu giliran berkhatan di dalam Surau Al-Istiqlal yang dikendalikan oleh Dr pakar daripada klinik subang.

11.jpgadooiiiii... mak sakitttttt...... tolongggggggggg...... jangan ler usik..... ahhhh.... alahhhh... isk..........

12.jpg

No comments: