Thursday, June 11, 2009

090208 Pertandingan Kraftangan Barangan Terpakai Pangsapuri Permai 2009

Atas kesedaran pimpinan Pangsapuri Permai yang sentiasa peka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada warga Pangsapuri Permai mencetuskan cadangan untuk mengadakan Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai dan Kejohanan Futsal Tunas Jiran Pangsapuri Permai, PJS 2009.

Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai Pangsapuri Permai, PJS 2009 ini bertujuan memberi pendidikan dan tunjukajar kepada golongan kanak-kanak, remaja dan orang ramai berkenaan pemeliharaan alam sekitar menerusi kaedah yang riang-ria disamping meningkatkan pemahaman, kesedaran peserta dan orang ramai berkenaan dengan masalah pencemaran alam sekitar, pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan kualiti alam sekitar dengan inisiatif perancangan mengurus barangan buangan yang boleh di kitar semula.

Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai Pangsapuri Permai, PJS 2009 dan Kejohanan Futsal Tunas Jiran ini juga dapat memberi pendedahan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara Tunas Jiran dan penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin diantara warga tua amnya dan penduduk setempat dan pemimpin pemimpin masyarakat khasnya dalam ertikata yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan.

Program ini juga mampu memupuk Tunas Jiran lebih Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.

Menerusi pertandingan tersebut di atas, adalah dijangka bahawa kefahaman orang ramai berkenaan Program Kitar Semula akan meningkat dan seterusnya penyertaan mereka dalam aktiviti yang akan di rancang di masa hadapan. Di samping itu, orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan organisasi dan individu yang telah mengambil inisiatif memelihara alam sekitar kita bersama dalam membentuk satu masyarakat Pangsapuri Permai yang prihatin, ke atas masyarakat dan alam sekitar selaras dengan prinsip warga Pangsapuri Permai. Memfokuskan peranan masyarakat dan individu setempat menjaga halaman rumah dan menghiasi halaman mengunakan barangan terpakai.


Program Pertandingan Kraftangan dari Barangan Terpakai dan Kejohanan Futsal Pangsapuri Permai, PJS 2009ini terbuka kepada anak-anak berumur tujuh (7) tahun hingga empat belas (14) tahun yang bermastautin di Pangsapuri Permai.


KRONOLOGI BARANGAN KITAR SEMULA


Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.


Kami ingin berkongsi dengan warga Pangsapuri Permai tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh warga Pangsapuri Permai supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri.


Barangan buangan yang boleh di kitar semula seperti surat khabar lama, majalah, komputer, besi, aluminium, kayu, botol minuman kaca/plastik/aluminium, dawai dan lain-lain lagi boleh dijadikan bahan asas kepada perusahaan kraftangan juga boleh di pasarkan di pasaran tempatan dan boleh dieksport ke luar negara.


Surat khabar lama, majalah dan kertas terpakai boleh dijadikan kraftangan antaranya adalah labu sayung, pemegang kunci, pemegang pensil, kotak tisu, bekas telur, pasu bunga, topi, bakul dan beg tangan yang dihasilkan boleh mendatangkan hasil pendapatan sampingan atau sepenuh masa yang agak lumayan. Contohnya seperti labu sayung yang sering ditempah untuk dijadikan cenderamata pada majlis-majlis serta bunga telur untuk kenduri kahwin.


Pengisian Program


Program ini di serikan lagi dengan pameran daripada agensi-agensi seperti berikut:


1. Pameran Kesihatan MBPJ, Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia,

barangan kitar semula dan alam sekitar.

2. Demonstrasi membuat barangan kraftangan dan cenderahati.

3. Gotong royong membersih kawasan sekitar Pangsapuri Permai.

4. Pertandingan futsal Tunas Jiran.

5. Pertandingan rekacipta barangan terpakai.

6. Cabutan bertuah.


Gambar Aktiviti;


1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6 (2).JPG
6.jpg
7.jpg
9.jpg
8.jpg

No comments: