Saturday, January 23, 2010

100123 Program Latihan River Ranger Sg Klang Zon 2

Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS (PBB) dan badan NGO lain yang berhampiran Sungai Klang telah dijemput untuk menyertai latihan River Ranger dalam "Program Pendidikan Komuniti River Ranger Sungai Klang" pada Sabtu, 23 Januari 2010. bertempat dibilik seminar 1, Bangunan MBPJ anjuran bersama Global Environment Centre (GEC).

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pengurusan sungai. Untuk menubuhkan kumpulan River Ranger bagi menyokong aktiviti pemantauan lembangan sungai Klang oleh komuniti setempat. Untuk menyokong penglibatan komuniti dalam projek pemulihan sungai Klang melalui penubuhan jaringan River Ranger.

Banyak input dan output yang berguna telah kami perolehi dalam program latihan tersebut dan yang pasti tahap kesedaran tertinggi tentang pentingnya penjagaan sungai telah menyerap kedalam minda dan tubuh kami bagai arus sungai yang jernih mengalir tanpa henti.

Pengalaman kumpulan kami (Kumpulan MBPJ) yang kami perolehi dalam latihan asas kerja lapangan kualiti sungai dengan mengambil kira Hidrologi Sungai, Kelajuan, Pemerhatian Fizikal, Kajian Kualiti Air, Kajian Biologi di tapak Bukit Kiara, Sungai Penchala dan tapak Desa Mentari amat mengujakan dan amat berguna.

Berikut adalah penilaian kajian kualiti air yang kami jalankan :-

1. Tapak Bukit Kiara, Sungai Penchala

Pada keseluruhannya kualiti air dikawasan tersebut adalah baik dan boleh diminum terus berikutan penemuan banyak hidupan organisma (Hidupan Tanpa Tulang Belakang) diantaranya Stonefly Nymphs, Udang Sungai (Udang Merah) dan Ikan. Difahamkan kualiti air disetiap bahagian sungai dinilai berdasarkan kehadiran organisma hidup yang tinggal didalam air dari kategori haiwan tanpa tulang belakang (invertebrata) dan ikan yang hanya hidup disungai-sungai yang jernih bersih dan bebas pencemaran.

Kajian Kualiti Air Tapak Bukit Kiara, Sg Penchala 23/01/2010 - 3:30pm/15:20hrs

pH - 7
DO - 8 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 4 PPM
Nitrat - 5 PPM
Suhu - 26c

2. Tapak Desa Mentari

Pada keseluruhannya kualiti air sungai ini tidak selamat untuk diminum memandangkan telah dicemari oleh sisa buangan domestik kerana aliran sungai ini merintasi kawasan industri, kawasan perumahan dan tapak-tapak pembangunan. Tidak menemui sebarang hidupan organisma (Hidupan Tanpa Tulang Belakang) sebagaimana ditapak Bukit Kiara, Sungai Penchala di sungai ini.

Kajian Kualiti Air Tapak Desa Mentari 23/01/2010 - 4:30pm/16:30hrs

pH - 7
DO - 4 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 2 PPM
Nitrat - 5 PPM
Suhu - 28c

Photo Aktiviti Program River Ranger Sg Klang 23 Jan 2010

Monday, January 11, 2010

100110 Sumbangan Bahan Mentah Makanan Oleh Jawatankuasa Gerak Wanis PJS

Pimpinan KRTPP dan PBB mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Rakan Muda/Belia Pangsapuri Permai terutama kepada Puan Noraishah Thalib, Penggerak Rakan Muda/Belia Pangsapuri Permai kerana dapat merialisasikan Program sumbangan bahan mentah makanan harian dan wang tunai kepada 6 keluarga ibu bapa penjaga orang kurang upaya dan ibu-ibu tunggal yang menghidap penyakit kronik warga Pangsapuri Permai. Majlis taklimat program tersebut telah di sempurnakan oleh Encik Mat Piah Awang Chik, Pengerusi KRTPP dan hadir sama adalah Encik Husin @ Mohamed Dollah Yang Dipertua PKPBA dan Damiri Majidah, Yang Dipertua PBB. Program tersebut bermula dari jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengahari 10 Januari 2010 berjalan dengan lancar.

Pengisian Program Konvoi Menyusur Akar tersebut adalah menyerahkan sumbangan bahan mentah makanan harian dan wang tunai, anjuran bersama Rakan Muda/belia Pangsapuri Permai, Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B, Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A, Gerak Wanis PJS dan Gerakan Belia 4B PJS. Sumbangan tersebut di sampaikan sendiri oleh Pengerusinya, Datin Sri Ismalina Ismail kepada 6 ibu bapa penjaga orang kurang upaya dan ibu tunggal yang menghidap penyakit kronik.

Kami berharap sumbangan sedemikian dapat dijalankan sekerap mungkin di Pangsapuri Permai dan tidak sekadar bermusim. Gabungan Pimpinan Pangsapuri Permai mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang sedemikian dan berharap lebih banyak lagi Ngo Ngo dan Korporat lain mengikuti jejak yang sama tampil membantu sebagai khidmat sosial masyarakat setempat.

"SALAM PERPADUAN 1MALAYSIA"

Friday, January 8, 2010

091206 Rakan Muda Pangsapuri Permai Menyertai Acara Pesta Tarian Cuti Cuti 1 Malaysia

Bermula daripada kumpulan Tarian Zapin Pangsapuri Permai yang dianggotai dari kalangan Rakan Muda Pangsapuri Permai yang dianggap oleh beberapa individu sebagai aktiviti yang tidak berfaedah kini telah di beri penghargaan untuk menyertai "Acara pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia" yang akan di adakan pada Ahad, 6 Disember 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pengerak Kumpulan ini, Puan Noraishah Thalib memaklumkan akan menghantar 49 orang peserta termasuk kumpulan Zapin Pangsapuri Permai pada hari tersebut.

Acara Pesta Tarian Cuti Cuti 1 Malaysia ini bakal mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai acara tarian dengan penyertaan teramai di Malaysia. Acara anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan itu bakal menyaksikan penyertaan 10,000 orang daripada seluruh negara untuk membolehkan rekod itu dicatatkan. Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia merupakan hasil gabungan beberapa tarian termasuk tarian Cina, India, Melayu serta tarian etnik dari Sabah dan Sarawak.

Kita berharap melalui program budaya seumpama ini akan menjadi jambatan untuk mempererat hubungan semua kaum dengan latar belakang berbeza ke arah mencapai gagasan 1Malaysia. Tahniah kepada kumpulan Tari Zapin Pangsapuri Permai

Slide Bergambar Peserta Acara Pesta Tarian Cuti Cuti 1 Malaysia
Menerima Cenderahati Penyertaan

100104 Hadiah Cemerlang Keputusan PMR09

KRTPP dan PBB telah menenal pasti adik adik di Pangsapuri Permai yang berjaya mendapat 7A1B dalam ujian PMR 2009 lalu. Pihak KRTPP mengambil inisiatif untuk memberikan cenderamata kepada mereka yang berjaya sebagai galakan untuk lebih berusaha dalam ujian SPM akan datang. KRTPP dan PBB mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dan juga tahniah kepada ibu bapa mereka kerana dapat mendidik anak-anak mereka untuk menampa kejayaan dan berharap mereka akan lebih berusaha dengan lebih gigih lagi dimasa hadapan untuk mendapat kejayaan yang terbaik. Selamat berusaha dan berjaya.

"TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA DALAM UJIAN SPM NANTI"

Slide Bergambar Para Pelajar Cemerlang PMR 09