Sunday, August 22, 2010

100822 Gotong Royong Masak Bubur Kacang Ramadan 1 Malaysia

Telah menjadi kelaziman sesetengah penduduk Malaysia amnya dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai Khasnya mengadakan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk atau bubur kacang pada bulan Ramadan Al-Mubarak untuk di agih-agihkan kepada penduduk setempat. Pada hari ini telah terlaksana harapan KRT Pangsapuri Damai Senja dan KRT Pangsapuri Permai, dengan rakan kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS, Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A, Pansapuri Permai, Persatuan Belia Pangsapuri Permai PJS, Kelab Belia Pangsapuri Permai dan Jabatan Perpaduan Daerah Petaling, menganjurkan gotong royong memasak bubur kacang Ramadan 1 Malaysia.

Gotong royong memasak bubur kacang Ramadan 1 Malaysia ini bermula pada jam 1:00 tengahari bertempat di Padang Permainan, Pangsapuri Damai Senja, PJS 1/52. Menurut Encik Sathivelo, Pengerusi KRT Pangsapuri Damai Senja sebagai tuan rumah dan Encik Mat Piah Awang Chik, Pengerusi, KRT Pangsapuri Permai PJS1, telah mencetuskan idea untuk mengadakan aktiviti ini sebagai mendokong "1 IMPIAN, 1 HARAPAN, 1 MALAYSIA" masak ramai-ramai, makan ramai-ramai, ini akan di adakan pada setiap tahun pada bulan Ramadan sebagai acara tahunan. Rasanya kat kawasan PJS ni belum ada dengar lagi aktiviti seumpamanya dibuat pada tahun ini.

Aktiviti gotong royong masak bubur kacang Ramadan 1 malaysia kali ini agak unik dan berbeza daripada yang lain kerana gotong royong ini disertai oleh pelbagai kaum terdiri daripada kaum melayu, cina dan india telah bersama-sama bergotong royong memasak, membungkus dan mengagih-agihkan 400 mangkuk bubur kacang kepada seluruh penduduk Pangsapuri Damai Senja dan Pangsapuri Permai.

"Tahniah dan Syabas" diucapkan kepada seluruh AJK pelaksana warga KRT Pangsapuri Damai Senja dan KRT Pangsapuri Permai PJS serta warga rakan kerjasama Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Damai Senja (JMB), Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS, Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A Pansapuri Permai, Persatuan Belia Pangsapuri Permai PJS, Kelab Belia Pangsapuri Permai dan Jabatan Perpaduan Daerah Petaling kerana dapat menganjurkan program tersebut dengan jayanya.

Photo Aktiviti Gotong Royong Masak Bubur Kacang Ramadan 1 Malaysia