Saturday, November 7, 2009

091108 Program Idola Rakan Muda Jiran Muda (Weekends Champs) 2009 Daerah Petaling

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, PJS (KRTPP) telah merancang untuk mengadakan Program Idola Rakan Muda Jiran Muda (Weekends Champs) 2009 yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negeri Selangor bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS (PBB), Persatuan Kebajikan Penduduk Blok A Pangsapuri Permai PJS (PKPBA) dan CAPs Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling. Program ini akan dijalankan pada setiap hari Ahad disepanjang bulan November 2009.

Pengisian program tersebut diantaranya adalah menjalankan aktiviti Rakan Muda Cinta Alam (Gotong Royong Membersih Kawasan). Rakan Muda Kecergasan (Poco-Poco dan Program Seminar Kepenggunaan). Rakan Muda Seni Budaya (Klinik Tari Zapin) & (Penyerahan Sijil Penyertaan). Rakan Muda Masyarakat (Gotong Royong Qurban & Penyediaan Jamuan Aidil Adha) khusus untuk makan malam majlis penutup pada Ahad, 28 November 2009 jam 08:30 malam.

Objektif program Idola Rakan Muda Jiran Muda ini diadakan adalah bagi pembentukan positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan penyerapan akhlak yang baik. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawanan. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai. Meningkatkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat. Merapat dan mempertingkatkan penyuburan kemesraan kasih sayang diantara keluarga para peserta disamping mengiatkan semangat kejiranan dengan penduduk setempat juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni diantara penduduk dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Program ini juga mampu memupuk Rakan Muda Jiran Muda lebih Jatidiri, bertanggungjawab, berdisiplin, mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batasan agama bangsa dan ekonomi juga berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti menjana keperibadian mulia, dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.

Oleh yang demikian kami Jawatankuasa Induk Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, PJS dengan rendah diri menjemput tuan/puan/saudara/saudari untuk hadir pada Program Idola Rakan Muda Jiran Muda (Weekends Champs) Daerah Petaling 2009 (Parlimen Petaling Jaya) sebagaimana jadual berikut:

Ahad, 08/11/09 - (08:00-13:00)
Gotong royong tanam bunga/landskap laman hijau blok A&B
Gotong royong membersih kawasan Pangsapuri Permai
*** PROGRAM SELESAI ***

Ahad, 15/11/09 - (08:00-13:00)
1. Senamrobik Poco-Poco dan Sukanika Tunas Jiran, bertempat di Dataran Pangsapuri Permai
2. Klinik Tari Zapin
3. Program seminar kepenggunaan bertempat di ruang legar blok A. Banyak maklumat penting tentang kepenggunaan untuk kebaikan kita sebagai pengguna.
Pameran;
* Barangan berjenama tiruan,
* Penipuan alatan timbang,
Risalah hak-hak pengguna
Ceramah;
* Jenis-jenis barangan larangan,
* Iklan jualan harga murah,
* Cara untuk membuat aduan,
* Cara untuk membuat tuntutan gantirugi,
Tribunal KPDNKK
*** PROGRAM SELESAI ***

Sabtu, 21/11/09 - (09:00-11:00 malam)
Klinik Tari Zapin
*** PROGRAM SELESAI***

Sabtu, 28/11/09 - (08:00-13:00)
Gotong Royong Qurban/Aqiqah & Persiapan Jamuan Aidil Adha,
bertempat di ruang legar blok A

(08:30 mlm)
Majlis Penutup (Acara khas),
Jamuan Hari Raya Aidil Adha bersama warga Pangsapuri Permai
& Penyerahan Sijil Penyertaan Kompang Rakan Muda Permai Murni Pangsapuri Permai
Bertempat di Dataran Pangsapuri Permai
***PROGRAM SELESAI***

Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari adalah sebagai bukti komitmen murni kearah mendokong sasaran objektif serta pembentukan positif program dan menolak unsur-unsur negative perpaduan sebagaimana yang digariskan diatas amatlah dialu-alukan.

”SALAM PERPADUAN”

Slide Bergambar Pengisian Aktiviti Program Idola Rakan Muda 09

No comments: