Monday, August 17, 2009

090816 Liga Bola jaring Putri Selangor - Dewan Serbaguna Tmn Sri Andalas

Pada 16/08/09 PBB telah menghantar pasukan bola jaring PSC yang telah terpilih mewakili Putri UMNO PJS menyertai kejohanan bola jaring anjuran Putri UMNO Selangor di Dewan Serbaguna Taman Sri Andalas, Klang. Pasukan PSC kita tidak dapat meneruskan perlawanan pusingan ke 4, mungkin hilang konsentrasi kerana 3 orang anggotanya telah ditimpa musibah kehilangan bag duit, telefon bimbit, wang dan barangan berharga lain akibat kereta salah seorang pemain yang menyimpankan barangan mereka telah di pecah tingkap cermin kanan belakang sekitar jam 16:15hrs. Pada petang hari tersebut 2 buah kereta telah di pecah tingkap cerminnya oleh pencuri yang tidak dikenali. Salah sebuah adalah kereta milik YDP. Beliau telah kehilangan sebuah GPS-88 BESTA dan wang siling yang di letak di dalam kotak penyimpanan barang tertutup di bahagian tengah diantara pemandu. Perkara ini telah di laporkan kepada pihak polis untuk di siasat. Di fahamkan bahawa daerah tersebut merupakan 'kawasan hitam' dan dinasihatkan kepada ahli agar berhati-hati apabila berkunjung ke kawasan Klang. Jangan sesekali meletakkan sebarang barang/beg di tempat duduk kereta yang boleh dilihat, kerana perbuatan ini boleh mengundang pencuri menjurus memecah cermin kereta. Kepada pasukan PSC, jangan putus asa, kuatkan semangat dan giatkan latihan serangan tektikal.

Pengalaman kami dengan pihak polis yang telah menunjukkan kePROFESIONALnya dengan hanya mengambil aduan dan mengambil gambar tingkap kereta yang pecah sahaja, titik.... (Layanan melepas batuk ditangga.., jangan tidak). Tiada S.O.P untuk ambil cap jari pada kereta-kereta yang dipecah sebegini... Senang cerita tiada kesungguhan untuk menyiasat kes-kes yang seumpamanya lah. Mungkin bagi pihak polis ini kerja membuang masa saja. Keluhannya.., masih banyak kes-kes yang lebih besar belum dapat di selesaikan lagi. Biasanya masa kami/pengadu akan terbuang di balai polis tidak kurang daripada 5 jam. Kalau kita berkira pasal masa dan membayangkan apa tindakan yang akan polis ambil, memang ramai mangsa malas nak buat aduan.., percayalah..!. Bagi pencuri pulak semangkin besar kepala, kerana kebarangkalian mereka kena tangkap bagi kes pecah kereta ini terlalu tipis.., hampir '0.001%'..., sebab dah tahu modus operandi apa pihak polis boleh buat...!! maka bertambah lah ber 'MAHA' 'RAJA' 'LELA' pencurik yang sedemikian. Kalau kita tanya status aduan kita pulak... pasti anda dah tahu apa jawapannya...!!! "PIHAK POLIS SEDANG MENYIASAT KES ENCIK ITU, HARAP BERSABAR" atau kata-kata yang seumpama dan sewaktu dengannya..., ini lah rakaman semula kata-kata keramat yang akan diungkapkan setiap kali kita tanya oleh setiap anggota polis yang mengendali kes anda. Caya atau tidak...!!! tanyalah pada mereka yang mengalaminya... Jabatan polis dah berumur lebih 52 tahun..., tetapi tiada perubahan ketara cara pengendalian menangani kes-kes sebegini yang jelas kita lihat dapat di selesaikan dengan cepat,tepat. Entah bila lah agaknya kePROFESIONALnya polis kita tu benar-benar profesional..??. Rasanya sudah sampai masanya pihak polis memaparkan ketelusan index statistik aduan-aduan yang telah di selesaikan dan yang belum di selesaikan mengikut pecahan kategori kes bagi mengukur kredibiliti dan efisiensi jabatan polis. Paparkan di media massa, elektronik dan laman sesawang khas.
P8160011x.jpg P8160017x.jpg
P8160018x.jpg
P8160019x.jpg
P8160021x.jpg
P8160023x.jpg
P8160034x.jpg
P8160035x.jpg

Inilah keadaan kereta salah seorang ahli PSC yang di pecah tingkap cermin belakang kanan. Kereta yang baru 2 minggu di belinya. Plastik kusyen seat belakang pun tak koyak lagi haa ... Salam simpati lah dik ye....
P8160048x.jpg
P8160049x.jpg

Kereta milik YDP juga menjadi mangsa pecah cermin tingkap kiri depan.

P8160055x.jpgP8160056X.jpg