Friday, June 12, 2009

090516 Program Naik Buai Beramai-Ramai Pangsapuri Permai 2009

Satu lagi program tahunan yang di jalankan anjuran bersama PBB dan KRTPP mengadakan program "Naik Buaian Pangsapuri Permai, PJS 2009" untuk memupuk semangat kejiranan lebih harmoni dan bertolerasi.


Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim diantara pimpinan PBB, KRTPP serta unit-unit khas, sayap AJK dengan penduduk setempat untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam suasana harmoni serta memupuk semangat setiakawan yang sedia terjalin dalam ertikata yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan.


Program ini juga mampu memupuk unit-unit khas, Jiran Wanita lebih Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.


Program Naik Buaian Pangsapuri Permai, PJS 2009ini di khususkan untuk semua bayi-bayi yang baru lahir berumur 3 bulan yang bermastautin di Pangsapuri Permai.


KRONOLOGI ADAT NAIK BUAI


Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas kelahiran.


Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini di langsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.


Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan di tarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.


Penyertaan adalah percuma. Ibu Bapa di kehendaki menyediakan semua peralatan buaian mudah alih dan di galakkan untuk dekorasi hiasan buaian masing-masing bersesuaian dengan tema PNB09. Pihak Urusetia tidak akan menyediakan peralatan buaian mahu pun peralatan dekorasi hiasan. Pihak Urusetia akan menyediakan tapak khas buaian tertakluk kepada keluasan tapak yang di tetapkan.


Aktiviti Bergambar; bacaan berzanji, cukur rambut, ucapan aluan oleh pimpinan setempat. naik buai dan penyampai hadiah.

1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
9.JPG
10.jpg
11.jpg
12.JPG
13.jpg
14.jpg
15.jpg
16.jpg
17.jpg
18.jpg

No comments: