Warga Pangsapuri Permai sedang melayari laman web PBB untuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti semasa....


Warga Pangsapuri Permai sedang melayari laman web PBB untuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti semasa....


Bagi memenuhi masa lapang, ahli PBB bermain karom di Pak Din Cafe sambil sembang isu-isu semasa ....

         
       
Syabas kepada Tuan Haji Harun Hussain...
Beliau begitu perihatin tentang penjagaan laman hijau kita dengan menyiram air pada setiap hari, membaja pokok-pokok bunga dan herba untuk memastikan pokok pokok terus hidup subur.
Persatuan mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menderma pasu-pasu bunga, baja mahu pun pokok-pokok renek untuk memperindahkan lagi landskap laman hijau kita. Kepada individu atau koporat yang bermurah hati dan berminat bolehlah berhubung terus dengan Encik Mohamad Jamali Ishak, B-8-13, Pengerusi Unit Landskap.



Persatuan mengalu-alukan kehadiran panel hakim dari MBPJ yang sudi datang ke Pangsapuri Permai. Ini adalah penyertaan kali pertama PBB sejak di tubuhkan pada 2005. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli yang hadir. Sebanyak 131 slide presentasi taklimat aktiviti PBB 2008/2009 pada hari tersebut di persembahkan. Presentasi berjalan lancar.
Terima kasih kepada para panel hakim yang begitu tekun menghakimi aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh PBB.
 
 
 
 
 